Kategori: 7)KITAB SOLAT MALAM

Kitab Solat Malam

 

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ رَجُلٍ عِنْدَهُ رِضًا أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ امْرِئٍ تَكُونُ لَهُ صَلَاةٌ بِلَيْلٍ يَغْلِبُهُ عَلَيْهَا نَوْمٌ إِلَّا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَجْرَ صَلَاتِهِ وَكَانَ نَوْمُهُ عَلَيْهِ صَدَقَةً

Telah diceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari Muhammad bin Al-Munkadir dari Sa’id bin Jubair dari seorang lelaki yang sudah diredhai dia mengkhabarkan kepadanya, bahawa Aisyah isteri Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam telah mengkhabarkan kepadanya, bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah seseorang hamba yang berniat solat malam kemudian tertidur, kecuali Allah akan menuliskan baginya pahala solat malam. Adapun tidurnya tersebut adalah sesuatu yang Allah sedekahkan kepadanya.”
-hadis ini bagi mereka yang menjaga dalam solat malamnya disebabkan uzur atau sakit

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ أَبِي النَّضْرِ مَوْلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ كُنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرِجْلَايَ فِي قِبْلَتِهِ فَإِذَا سَجَدَ غَمَزَنِي فَقَبَضْتُ رِجْلَيَّ فَإِذَا قَامَ بَسَطْتُهُمَا قَالَتْ وَالْبُيُوتُ يَوْمَئِذٍ لَيْسَ فِيهَا مَصَابِيحُ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Abu Nadr budak Umar bin Ubaidullah, dari Abu Salamah bin Abdurrahman dari Aisyah isteri Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam, dia berkata; “Saya tidur di depan Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dan kedua kakiku berada di arah kiblatnya. Ketika sujud, beliau memegang kedua kakiku, lalu saya menekuknya hingga ketika beliau berdiri saya menghamparkanya kembali.” Aisyah berkata; “Pada waktu itu, rumah-rumah masih belum ada lampunya.”
-dalil hanafiah bahawa sentuh antara suami isteri tidak membatalkan wudhuk manakala syafieyah menyatakan bahawa sentuh antar Nabi dan Aisyah adalah berlapikkan pakaian
-perkataan يَوْمَئِذٍ disini merujuk kepada zaman itu
-menunjukkan Nabi menjaga solat malamnya walaupun isterinya tidur

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا نَعَسَ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ فَلْيَرْقُدْ حَتَّى يَذْهَبَ عَنْهُ النَّوْمُ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا صَلَّى وَهُوَ نَاعِسٌ لَا يَدْرِي لَعَلَّهُ يَذْهَبُ يَسْتَغْفِرُ فَيَسُبَّ نَفْسَهُ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Abu Nadlar budak Umar bin Ubaidullah, dari Abu Salamah bin Abdurrahman dari Aisyah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, dia berkata; “Saya tidur di depan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan kedua kakiku berada di arah kiblatnya. Ketika sujud, beliau memegang kedua kakiku, lalu saya menekuknya hingga ketika beliau berdiri saya menghamparkanya kembali.” Aisyah berkata; “Pada waktu itu, rumah-rumah masih belum ada lampunya.”
-perkataan فَلْيَرْقُدْ disini ialah tidur sebentar.kerana ibadat sudah semestinya kehadiran bersama Allah
-berkata Muhammad iaitu anak murid Imam Malik dan Imam Abu Hanifah: tidak mengapa lelaki solat sedangkan perempuan tidur atau berdiri atau duduk antara tangannya atau disebelahnya atau ia solat sekiranya ia tidak solat bersama lelaki.manakala makruh tahrim solat disebelahnya atau antara tangganya sedangkan mereka solat bersama atau mereka dua solat berimamkan satu imam,sekiranya ia solat begitu fasadlah solatnya ianya kata Abu Hanifah.
-sekiranya sempit boleh tetapi bukan disebelahnya dengan hampir.

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ أَبِي حَكِيمٍ أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ امْرَأَةً مِنْ اللَّيْلِ تُصَلِّي فَقَالَ مَنْ هَذِهِ فَقِيلَ لَهُ هَذِهِ الْحَوْلَاءُ بِنْتُ تُوَيْتٍ لَا تَنَامُ اللَّيْلَ فَكَرِهَ ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى عُرِفَتْ الْكَرَاهِيَةُ فِي وَجْهِهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا اكْلَفُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا لَكُمْ بِهِ طَاقَةٌ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Ismail bin Abu Hakim telah sampai kepadanya, bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam mendengar khabar seorang wanita yang solat pada malam hari. Beliau bertanya; “Siapa ini?” Ada yang menjawab; “Dia adalah Haula binti Tuwait. Dia tidak tidur pada malam hari.” Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam pun membenci pebuatan tersebut hingga terlihat tanda kebencian pada wajahnya. Beliau bersabda: “Allah Tabaraka Wa Ta’ala tiada akan jenuh hingga kalian sendiri yang merasa jenuh, maka kerjakan amalan yang kalian mampu.”
-lafaz بَلَغَهُ menunjukkan munqoti tetapi hadis ini diriwayatkan sohihain
-lafaz سَمِعَ امْرَأَةً iaialah Rasulullah mendapat khabar mengenainya

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ كَانَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ مَا شَاءَ اللَّهُ حَتَّى إِذَا كَانَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ أَيْقَظَ أَهْلَهُ لِلصَّلَاةِ يَقُولُ لَهُمْ الصَّلَاةَ الصَّلَاةَ ثُمَّ يَتْلُو هَذِهِ الْآيَةَ } وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى {

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Zaid bin Aslam dari ayahnya bahawa Umar bin Khotthob solat malam dalam jumlah yang banyak, hingga ketika menjelang akhir malam dia membangunkan keluarganya untuk solat. Dia berkata kepada mereka; “ASSOLAAH ASSOLAAH (solatlah kalian, solatlah kalian) .” Setelah itu ia membaca ayat; ‘(Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan Bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu, kamilah yang memberi rezki kepadamu. dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa) ‘ (Qs. Thaahaa: 132) .
-rijal siqot

و حدثني ‏ ‏عن ‏ ‏مالك ‏ ‏أنه بلغه ‏ ‏أن ‏ ‏سعيد بن المسيب ‏ ‏كان يقول يكره النوم قبل العشاء والحديث بعدها ‏ ‏

Dan diceritakan kepadaku dari Malik bahawa sampai kepadanya Said bin Musayab berkata dibenci tidur sebelum Isya dan berkata kata(sekiranya tiada manfaat) selepasnya.

وحدثني ‏ ‏عن ‏ ‏مالك ‏ ‏أنه بلغه ‏ ‏أن ‏ ‏عبد الله بن عمر ‏ ‏كان يقول صلاة الليل والنهار مثنى مثنى يسلم من كل ركعتين ‏ ‏قال ‏ ‏مالك ‏ ‏وهو الأمر عندنا ‏

Dan telah diceritakan kepadaku dari Malik telah sampai kepadanya bahawa Abdullah bin Umar berkata Solat Malam dan Siang (sunat) dua dua beri salam setiap dua rokaat berkata Malik ia perkara disisi kami.

2)Bab solat Nabi SAW ketika witir
-disisi Hanafiyah ianya wajib

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُوتِرُ مِنْهَا بِوَاحِدَةٍ فَإِذَا فَرَغَ اضْطَجَعَ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ

Telah diceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari Ibnu Syihab dari Urwah bin Az Zubair dari Aisyah isteri Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam, bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam shalat malam sebelas rakaat, dengan witir satu rakaat. Ketika selesai, beliau berbaring miring ke kanan.”

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ فَقَالَتْ مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا فَقَالَتْ عَائِشَةُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ فَقَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا يَنَامُ قَلْبِي

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Sa’id bin Abu Sa’id Al Maqburi dari Abu Salamah bin Abdurrahman bin Auf dia bertanya kepada Aisyah isteri Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam, ‘Bagaimana solat Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam di bulan Ramalan? ‘ Aisyah lantas menjawab, “Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam tidak melakukan solat lebih dari sebelas rakaat, baik pada bulan Ramadan maupun lainnya. Beliau shalat empat rakaat, jangan kamu tanya bagus dan panjangnya. Beliau solat empat rakaat, jangan kamu tanya bagus dan panjangnya. Setelah itu beliau shalat tiga rakaat.” Aisyah meneruskan ucapannya, “Aku lalu bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah anda tidur sebelum berwitir? ‘ beliau menjawab: “Wahai Aisyah, sesungguhnya kedua mataku tidur tapi hatiku tidak.”
-lafaz إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا يَنَامُ قَلْبِي .sebahagian ulama kata ianya khusus untuk Nabi.manakala ada juga yang kata untuk wali.akan tetapi di dalam bab tidak ambil wudhuk dari tidur ianya khusus untuk Nabi.

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي بِاللَّيْلِ ثَلَاثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً ثُمَّ يُصَلِّي إِذَا سَمِعَ النِّدَاءَ بِالصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Hisyam bin Urwah dari ayahnya dari Aisyah Ummul Mukminin berkata, “Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat malam tiga belas rakaat. Kemudian beliau solat dua rakaat setelah mendengar azan subuh.”
-yang sohih tidak kurang 11
-pengunaan سَمِعَ النِّدَاءَ بِالصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ merujuk kepada solat sunat subuh

Advertisements