Kategori: 6)KITAB SOLAT DI BULAN RAMADHAN

Kitab Solat di Bulan Ramadan
-Sebahagian ulama meletakkan kitab ini dalam kitab puasa

1)Bab motivasi solat di bulan Ramadan

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى فِي الْمَسْجِدِ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَصَلَّى بِصَلَاتِهِ نَاسٌ ثُمَّ صَلَّى اللَّيْلَةَ الْقَابِلَةَ فَكَثُرَ النَّاسُ ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنْ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوْ الرَّابِعَةِ فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنْ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلَّا أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ

Telah diceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari Ibnu Syihab dari Urwah bin AzZubair dari Aisyah isteri Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam, bahawa pada suatu malam Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam solat di masjid, dan orang-orang mengikutinya dari belakang. Pada malam berikutnya, beliau solat lagi dan semakin banyak yang mengikutinya. Sehingga pada malam ketiga atau keempat, orang-orang berkumpul (di masjid) sementara Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar. Pada pagi harinya, Rasulullah skllallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Saya tahu apa yang kalian lakukan, tidak ada yang menghalangiku untuk keluar kepada kalian, melainkan saya takut hal itu menjadi wajib bagi kalian.” Hal itu terjadi pada bulan Ramadlan.”
-perkataan الْقَابِلَةَ bermakna اللاتية

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُرَغِّبُ فِي قِيَامِ رَمَضَانَ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَأْمُرَ بِعَزِيمَةٍ فَيَقُولُ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ فَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْأَمْرُ عَلَى ذَلِكَ ثُمَّ كَانَ الْأَمْرُ عَلَى ذَلِكَ فِي خِلَافَةِ أَبِي بَكْرٍ وَصَدْرًا مِنْ خِلَافَةِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Ibnu Syihab dari Abu Salamah bin Abdurrahman bin Auf dari Abu Hurairah, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam menganjurkan solat malam pada bulan Ramadan dengan perintah yang tidak mewajibkan. Beliau bersabda: “Barangsiapa solat malam Ramadan, dengan penuh iman dan berharap pahala dari Allah, niscaya diampuni dosa dosanya yang telah lalu.” Ibnu Syihab berkata; “Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam meninggal dan perintahnya masih seperti itu. Begitu juga pada masa khalifah Abu Bakar dan pada masa khalifah Umar bin Khatthab.”
-perkataan عزيمة bermaksud wajib
– perkataan َاحْتِسَابًا bermaksud mengharapkan ganjaran hanya dari Allah
-perkataan صَدْرًا bermaksud بداية

2)Bab menghidupkan kegiatan Ramadan

حَدَّثَنِي مَالِك عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدٍ الْقَارِيِّ أَنَّهُ قَالَ خَرَجْتُ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي رَمَضَانَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَإِذَا النَّاسُ أَوْزَاعٌ مُتَفَرِّقُونَ يُصَلِّي الرَّجُلُ لِنَفْسِهِ وَيُصَلِّي الرَّجُلُ فَيُصَلِّي بِصَلَاتِهِ الرَّهْطُ فَقَالَ عُمَرُ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَرَانِي لَوْ جَمَعْتُ هَؤُلَاءِ عَلَى قَارِئٍ وَاحِدٍ لَكَانَ أَمْثَلَ فَجَمَعَهُمْ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ ثُمَّ خَرَجْتُ مَعَهُ لَيْلَةً أُخْرَى وَالنَّاسُ يُصَلُّونَ بِصَلَاةِ قَارِئِهِمْ فَقَالَ عُمَرُ نِعْمَتِ الْبِدْعَةُ هَذِهِ وَالَّتِي تَنَامُونَ عَنْهَا أَفْضَلُ مِنْ الَّتِي تَقُومُونَ يَعْنِي آخِرَ اللَّيْلِ وَكَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ أَوَّلَهُ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Ibnu Syihab dari Urwah bin Az Zubair dari Abdurrahman bin Abdul Al-Qari dia berkata; “Saya keluar bersama Umar bin Khottob ke masjid pada bulan Ramadan. Ternyata orang-orang berpecah dalam beberapa kelompok. Ada yang solat sendirian, ada juga yang solat dengan diikuti jemaah. Umar berkata, “Demi Allah, sesungguhnya saya berpendapat, jika saya kumpulkan mereka dengan satu Qari’, niscaya akan lebih utama.” Akhirnya Umar pun memerintahkan agar mereka solat bersama Ubay bin Ka’b (sebagai imam) . Abdurrahman berkata; “Saya keluar bersama Umar bin Khotthob pada hari yang lain, sedang orang-orang telah solat dengan satu Qari’ mereka. Umar berkata; “Sebaik-baik bid’ah adalah ini. Waktu yang kalian gunakan untuk tidur di dalamnya (maksudnya akhir malam) adalah lebih baik daripada yang kalian pergunakan untuk solat (sekarang ini) . Saat itu orang-orang solat pada awal malam.”
– perkataan الرَّهْطُ merujuk bilangan 3 hingga 10
-perkataan قَارِئِهِمْ bermaksud satu imam mereka
-perkataan الْبِدْعَةُ disini hanyalah dari segi lughoh bukannya istilah

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يُوسُفَ عَنْ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ أَنَّهُ قَالَ أَمَرَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ وَتَمِيمًا الدَّارِيَّ أَنْ يَقُومَا لِلنَّاسِ بِإِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً قَالَ وَقَدْ كَانَ الْقَارِئُ يَقْرَأُ بِالْمِئِينَ حَتَّى كُنَّا نَعْتَمِدُ عَلَى الْعِصِيِّ مِنْ طُولِ الْقِيَامِ وَمَا كُنَّا نَنْصَرِفُ إِلَّا فِي فُرُوعِ الْفَجْرِ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Muhammad bin Yusuf dari As-Sa`ib bin Yazid dia berkata, ” Umar bin Khothob memerintahkan Ubay bin Ka’ab dan Tamim Ad Dari untuk mengimami orang-orang, dengan sebelas rakaat.” As Sa`ib berkata; “Imam membaca dua ratusan ayat, hingga kami bersandar di atas tongkat kerana sangat lamanya berdiri. Dan kami tidak keluar melainkan di ambang fajar.”
-perkataan احْدَى عَشْرَةَ disini ianya syaz.yang sohih ialah 21 bukannya 11
-rijal siqot

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ يَزِيدَ بْنِ رُومَانَ أَنَّهُ قَالَ كَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي رَمَضَانَ بِثَلَاثٍ وَعِشْرِينَ رَكْعَةً

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Yazid bin Ruman dia berkata; “Para sahabat pada masa Umar bin Khothob mengerjakan solat malam dua puluh tiga rakaat.”

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ دَاوُدَ بْنِ الْحُصَيْنِ أَنَّهُ سَمِعَ الْأَعْرَجَ يَقُولُ مَا أَدْرَكْتُ النَّاسَ إِلَّا وَهُمْ يَلْعَنُونَ الْكَفَرَةَ فِي رَمَضَانَ قَالَ وَكَانَ الْقَارِئُ يَقْرَأُ سُورَةَ الْبَقَرَةِ فِي ثَمَانِ رَكَعَاتٍ فَإِذَا قَامَ بِهَا فِي اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً رَأَى النَّاسُ أَنَّهُ قَدْ خَفَّفَ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Daud bin Al Hushain Bahawasanya ia mendengar Al A’raj berkata; “Saya tidak mendapatkan orang-orang melainkan mereka melaknat orang-orang kafir pada bulan Ramadan.” Al A’raj berkata; “Imamnya membaca surat Al Baqaroh dalam lapan rakaat. Jika imam membacanya untuk dua belas rakaat, maka orang-orang akan mengatakan bahawa imam telah meringankan bacaan.”
-rijal siqot

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي يَقُولُ كُنَّا نَنْصَرِفُ فِي رَمَضَانَ فَنَسْتَعْجِلُ الْخَدَمَ بِالطَّعَامِ مَخَافَةَ الْفَجْرِ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Abdullah bin Abu Bakar berkata, saya mendengar Ayahku berkata; “Pada bulan ramadan kami keluar (selesai dari solat) segera mempersiapkan makanan karena takut datangnya fajar.”
-rijal siqot
-menunjukkan kesungguhan beribadah

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ ذَكْوَانَ أَبَا عَمْرٍو وَكَانَ عَبْدًا لِعَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَعْتَقَتْهُ عَنْ دُبُرٍ مِنْهَا كَانَ يَقُومُ يَقْرَأُ لَهَا فِي رَمَضَانَ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Hisyam bin Urwah dari Ayahnya bahawa Zakwan Abu ‘Amru pernah menjadi budaknya kepada Aisyah, isteri Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam. Kemudian ‘Aisyah menjanjinkannya merdeka di belakangnya ketika ia Zakwan kemudian membaca Al-Qur’an untuk ‘Aisyah di bulan Ramadlan.
-rijal siqot