Kategori: 2)KITAB TOHAROH(KESUCIAN)

KITAB TOHAROH(KESUCIAN)

26)Bab apa yang dihalalkan bagi suami dari isterinya yang haid

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا يَحِلُّ لِي مِنْ امْرَأَتِي وَهِيَ حَائِضٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِتَشُدَّ عَلَيْهَا إِزَارَهَا ثُمَّ شَأْنَكَ بِأَعْلَاهَا

Telah diceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari Zaid bin Aslam berkata, “Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw, “Saat isteriku haid, apa yang boleh aku lakukan?” Rasulullah saw menjawab: “Suruh dia mengikat sarungnya, setelah itu terserah kamu dengan bahagian atasnya.”
-hadis mursal
-riwayat azzuhri:159, assyaibani:75
-rujukan:sunan addarimi:1032,dan baihaqi dalam alkubro:191/7
-merupakan perkara khilafiyah
-jumhur ulama:sarungnya dari pusat hingga lutut sebahagian ulama menyatakan hanya tempat keluar darah.
-muhammad bin hassan melarang dengan sebab sadud zaroik
-hukum jimak ketika haid: sepakat ulama haram.pandangan salaf wajib membayar sedinar emas bukan dinar jordan.sekiranya jimak ketika pengakhiran haid perlu membayar separuh dinar emas.

حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَتْ مُضْطَجِعَةً مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ وَأَنَّهَا وَثَبَتْ وَثْبَةً شَدِيدَةً فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا لَكِ لَعَلَّكِ نَفِسْتِ يَعْنِي الْحَيْضَةَ فَقَالَتْ نَعَمْ قَالَ شُدِّي عَلَى نَفْسِكِ إِزَارَكِ ثُمَّ عُودِي إِلَى مَضْجَعِك

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Rabi’ah bin Abdurrahman berkata, “Aisyah, isteri Nabi saw berbaring bersama Rasulullah saw dalam satu kain. Tiba-tiba dia melompat dengan cepat, maka Rasulullah saw pun bertanya: “Ada apa denganmu? Apakah kamu haid?” ‘Aisyah menjawab, “Benar.” Rasulullah saw kemudian bersabda: “Kuatkan ikatan sarungmu, kemudian kembalilah ke tempat tidurmu.”
-riwayat azzuhri:160
-hadis mursal munqoti’

حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ نَافِعٍ أَنَّ عُبَيْدَ اللَّهِ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَرْسَلَ إِلَى عَائِشَةَ يَسْأَلُهَا هَلْ يُبَاشِرُ الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ وَهِيَ حَائِضٌ؟ فَقَالَتْ لِتَشُدَّ إِزَارَهَا عَلَى أَسْفَلِهَا ثُمَّ يُبَاشِرُهَا إِنْ شَاءَ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Nafi’ berkata, ” Ubaidullah bin Abdullah bin Umar mengutus seseorang kepada Aisyah untuk bertanya, ‘Apakah seorang suami boleh menggauli isterinya ketika sedang haid?” Aisyah menjawab, “Hendaklah ia (isteri) mengikatkan sarung di bagian bawah, kemudian dia (suami) boleh menggauli sekehendaknya.”
-riwayat azzuhri:161, assyaibani:73
-rujukan:musnad syafie:1321, sunan addarimi:1033,baihaqi dalam alkubro:190/7
-berkata muhammad dalil ini diambil.dan ianya kata imam abu hanifah dan umum dari fuqoha kita

وَحَدَّثَنِي عَنْ مَالِكٍ، أَنَّهُ بَلَغَهُ، أَنَّ سَالِمَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ وَسُلَيْمَانَ بْنَ يَسَارٍ سُئِلاَ عَنِ الْحَائِضِ، هَلْ يُصِيبُهَا زَوْجُهَا إِذَا رَأَتِ الطُّهْرَ قَبْلَ أَنْ تَغْتَسِلَ ؟ فَقَالاَ: لاَ حَتَّى تَغْتَسِلَ.

Telah diceritakan kepadaku dari Malik telah sampai kepadanya,bahawa Salim bin Abdullah dan Sulaiman bin Yasar disoal mengenai perempuan haid,adakah boleh suami mereka menggaulinya apabila melihat isterinya suci sebelum mandi?maka jawabnya tidak sehingga isterinya mandi.
-lafaz بَلَغَهُ menunjukkan hadis munqoti’
-jumhur ulama sepakat bahawa wajib mandi wajib sebelum bersetubuh kecuali hanafiyah.antara sebabnya perbezaan hanafi yang menyatakan haid paling lama 10 hari.manakala syafie 15 hari.
-wajib bagi perempuan haid yang telah habis haid untuk menunaikan solat sekiranya belum habis waktu

27)Bab kesucian wanita haid

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ أَبِي عَلْقَمَةَ عَنْ أُمِّهِ مَوْلَاةِ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ أَنَّهَا قَالَتْ كَانَ النِّسَاءُ يَبْعَثْنَ إِلَى عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ بِالدِّرَجَةِ فِيهَا الْكُرْسُفُ فِيهِ الصُّفْرَةُ مِنْ دَمِ الْحَيْضَةِ يَسْأَلْنَهَا عَنْ
الصَّلَاةِ فَتَقُولُ لَهُنَّ لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ تُرِيدُ بِذَلِكَ الطُّهْرَ مِنْ الْحَيْضَةِ

Telah diceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari ‘Alqamah bin Abu ‘Alqamah dari Ibunya mantan budak Aisyah Umul Mukminin, ia berkata; “Para wanita mengirimkan sebuah kotak kepada ‘Aisyah Ummul Mukminin, dalam kotak tersebut terdapat kapas yang telah bercampur dengan cairan kuning dari darah haid. Mereka bertanya bagaimana dengan hukum shalat yang dilakukannya?” Maka ‘Aisyah pun berkata kepada mereka, “Jangan terburu-buru hingga kalian melihat cairan putih.” maksudnya adalah suci dari haid.
Riwayat: azzuhri:163, assyaibani:85
Rujukan: baihaqi dalam alkubro:1/335
-sanadnya لا باس

حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ عَنْ عَمَّتِهِ عَنْ ابْنَةِ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ أَنَّهُ بَلَغَهَا أَنَّ نِسَاءً كُنَّ يَدْعُونَ بِالْمَصَابِيحِ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ يَنْظُرْنَ إِلَى الطُّهْرِ فَكَانَتْ تَعِيبُ ذَلِكَ عَلَيْهِنَّ وَتَقُولُ مَا كَانَ النِّسَاءُ
يَصْنَعْنَ هَذَا

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Abdullah bin Abu Bakar dari makciknya dari Anak perempuan Zaid bin Sabit telah sampai kepadanya, bahawa para wanita meminta lampu di penghujung malam untuk melihat masa suci. Anak wanita Zaid mencela mereka dengan mengatakan; “Kenapa para wanita melakukan hal ini.”
Riwayat: azzuhri:164, assyaibani: 86
-sebahagian ulama menyatakan kerisauan dalam hukum Allah perkara biasa
-sekiranya darah haid tidak keluar 100/100 maka ia sudah kira tamat walaupun tidak keluar cairan putih.dan sekiranya ia keluar maka ia merupakan sempurna pengakhiran

قال يحيى وَسُئِلَ مَالِكٌ عَنِ الْحَائِضِ تَطْهُرُ فَلاَ تَجِدُ مَاءً، هَلْ تَتَيَمَّمُ ؟ قَالَ نَعَمْ : لِتَتَيَمَّمْ، فَإِنَّ مِثْلَهَا مِثْلُ
الْجُنُبِ، إِذَا لَمْ يَجِدْ مَاءً تَيَمَّمَ

Berkata Yahya dan disoal Malik mengenai perempuan haid yang suci tetapi tiada air,adakah bertayamum?jawabnya: benar.bertayamumlah sesungguhnya sepertinya seperti junub,sekiranya tiada air maka tayamumlah
Riwayat: azzuhri:165

28)Bab mengenai haid

حَدَّثَنِي يَحْيَى، عَنْ مَالِكٍ، أَنَّهُ بَلَغَهُ، أَنَّ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَتْ: فِي الْمَرْأَةِ الْحَامِلِ تَرَى الدَّمَ أَنَّهَا تَدَعُ الصَّلاَةَ.

Telah diceritakan kepadaku dari Yahya dari Malik sesungguh telah sampai kepadanya sesungguhnya Aisyah isteri nabi saw berkata: terdapat wanita hamil yang melihat darah haid dan ianya menunaikan solat.
Riwayat: azzuhri
Rujukan: baihaqi dalam alkubro
-lafaz بَلَغَهُ menunjukkan munqoti’

حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك أَنَّهُ سَأَلَ ابْنَ شِهَابٍ عَنْ الْمَرْأَةِ الْحَامِلِ تَرَى الدَّمَ قَالَ تَكُفُّ عَنْ الصَّلَاةِ قَالَ يَحْيَى قَالَ مَالِك وَذَلِكَ الْأَمْرُ عِنْدَنَا

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dia bertanya kepada Ibnu Syihab tentang seorang wanita hamil yang melihat darah haid. Ibnu Syihab menjawab; “Hendaklah ia meninggalkan shalatnya.” Yahya berkata; Malik berkata, “Itulah pendapat kami.”
Rujukan: sunan addarimi:921
-merupakan pandangan ibnu syihab bukannya hadis dan ianya sama pendapat syafieyah dan malikiyah.
-rojih: orang hamil tidak lagi haid ianya adalah istihadah maka wajib solat

حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ كُنْتُ أُرَجِّلُ رَأْسَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا حَائِضٌ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Hisyam bin Urwah dari Bapaknya dari Aisyah isteri Nabi saw ia berkata; “Saya pernah merapikan rambut Rasulullah saw, padahal saat itu saya sedang haid.”
Riwayat: azzuhri: 168, assyaibani: 88
Rujukan: musnad ahmad:25735, sohih bukhori:295, sohih muslim:687
-merupakan dalil menetang amalan jahiliyah yang lelaki tidak berhubung dengan perempuan haid

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ الْمُنْذِرِ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ أَنَّهَا قَالَتْ سَأَلَتْ امْرَأَةٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ أَرَأَيْتَ إِحْدَانَا إِذَا أَصَابَ ثَوْبَهَا الدَّمُ مِنْ الْحَيْضَةِ كَيْفَ تَصْنَعُ فِيهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَصَابَ ثَوْبَ إِحْدَاكُنَّ الدَّمُ مِنْ الْحَيْضَةِ فَلْتَقْرُصْهُ ثُمَّ لِتَنْضِحْهُ بِالْمَاءِ ثُمَّ لِتُصَلِّ فِيهِ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Hisyam bin Urwah dari Bapaknya dari Fathimah binti Al Mundzir bin Az Zubair dari Asma binti Abu Bakar As Siddiq dia berkata; “Ada seorang wanita yang bertanya kepada Rasulullah saw, ia mengatakan, “Bagaimana pendapatmu jika salah seorang di antara kami bajunya terkena darah haid, apa yang harus dia lakukan?” Rasulullah saw menjawab; “Apabila salah satu dari kalian bajunya terkena darah haid, maka keriklah dahulu dan bilas dengan air, lalu dia boleh solat dengannya.”
Riwayat: azzuhri:166
Rujukan: musnad ahmad:26932, sohih bukhori:307, sohih muslim:675
-lafazفَلْتَقْرُصْهُ bermaksud basuh dengan air dan diperah(dari ahli syam)
-lafaz لِتَنْضِحْهُ basuh dan bilas.(dari ahli syam)
-warna yang tidak mau hilang dimaafkan

29)Bab orang yang istihadoh

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ قَالَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ أَبِي حُبَيْشٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي لَا أَطْهُرُ أَفَأَدَعُ الصَّلَاةَ فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا ذَلِكِ عِرْقٌ وَلَيْسَتْ بِالْحَيْضَةِ فَإِذَا أَقْبَلَتْ الْحَيْضَةُ فَاتْرُكِي الصَّلَاةَ فَإِذَا ذَهَبَ قَدْرُهَا فَاغْسِلِي الدَّمَ عَنْكِ وَصَلِّي

122. Telah diceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari Hisyam bin Urwah dari Bapaknya dari Aisyah isteri Nabi saw, ia berkata, “Fathimah binti Hubaisy bertanya, “Wahai Rasulullah, aku belum suci, apakah aku boleh meninggalkan solat?” Rasulullah saw menjawab: ‘Itu adalah darah biasa dan bukan haid. Jika telah datang haid maka tinggalkan shalat. Dan jika masa haid telah habis maka laksanakanlah shalat, bersihkanlah darahmu dan kerjakan soalat.”
-orang istihadah wajib untuk berwudhuk pada setiap waktu solat bukannya untuk tiap solat
-di sisi malikiyah tidak mengapa untuk ambil wudhuk sebelum masuk waktu seperti untuk ke masjid hari jumaat
-bersambung minggu hadapan
-antara nasihat Syeikh Muaz kamu lelaki pun perlu ambil berat pasal ni kerana kamu juga akan bergelar suami

29)Bab orang yang Istihadoh

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ قَالَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ أَبِي حُبَيْشٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي لَا أَطْهُرُ أَفَأَدَعُ الصَّلَاةَ فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا ذَلِكِ عِرْقٌ وَلَيْسَتْ بِالْحَيْضَةِ فَإِذَا أَقْبَلَتْ الْحَيْضَةُ فَاتْرُكِي الصَّلَاةَ فَإِذَا ذَهَبَ قَدْرُهَا فَاغْسِلِي الدَّمَ عَنْكِ وَصَلِّي

Telah diceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari Hisyam bin Urwah dari Bapaknya dari Aisyah isteri Nabi saw, ia berkata, “Fatimah binti Hubaisy bertanya, “Wahai Rasulullah, aku belum suci, apakah aku boleh meninggalkan solat?” Rasulullah saw menjawab: ‘Itu adalah darah biasa dan bukan haid. Jika telah datang haid maka tinggalkan solat. Dan jika masa haid telah habis maka laksanakanlah solat, bersihkanlah darahmu dan kerjakan solat.”

-Rujukan:Musnad Ahmad:25622, Sohih Bukhori:306, Sohih Muslim:753
-orang istihadah wajib untuk berwudhuk pada setiap waktu solat bukannya untuk tiap solat
-di sisi malikiyah tidak mengapa untuk ambil wudhuk sebelum masuk waktu seperti untuk ke masjid hari jumaat
-dalam hadis menyatakan فَاتْرُكِي الصَّلَاةَ ianya dihitung dengan waktu
-hadis menyentuh untuk mencatat dan menghitung bagi hari haid agar bila berlaku keganjilan dalam haid pada bulan lain boleh dirujuk untuk membezakan istihadoh
-terdapat riwayat lain dalam bab ni yang tidak diriwayatkan imam Malik.riwayat tersebut menyentuh untuk membezakannya dengan warna dan bau.warna darah haid kehitaman.

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ نَافِعٍ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ امْرَأَةً كَانَتْ تُهَرَاقُ الدِّمَاءَ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاسْتَفْتَتْ لَهَا أُمُّ سَلَمَةَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لِتَنْظُرْ إِلَى عَدَدِ اللَّيَالِي وَالْأَيَّامِ الَّتِي كَانَتْ تَحِيضُهُنَّ مِنْ الشَّهْرِ قَبْلَ أَنْ يُصِيبَهَا الَّذِي أَصَابَهَا فَلْتَتْرُكْ الصَّلَاةَ قَدْرَ ذَلِكَ مِنْ الشَّهْرِ فَإِذَا خَلَّفَتْ ذَلِكَ فَلْتَغْتَسِلْ ثُمَّ لِتَسْتَثْفِرْ بِثَوْبٍ ثُمَّ لِتُصَلِّي

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Nafi’ dari Sulaiman bin Yasar dari Umu Salamah isteri Nabi saw, bahawa pada masa Rasulullah saw ada seorang wanita yang terus menerus mengucurkan darah. Ummu Salamah lalu meminta fatwa Rasulullah saw, beliau menjawab: “Hendaklah mereka memperhatikan berapa hari mereka biasa mengalami haid dalam sebulan, sebelum apa yang ia alami sekarang ini. Hendaklah ia meninggalkan jumlah hari yang biasa mengamali haid dalam bulan itu, setelah itu hendaklah ia mandi, mengganti pakaian dan mengerjakan solat.”
-Rujukan: Musnad Ahmad:26716, Sunan Abi Daud:274 Sunan Annasa’ie:209
-lafazخَلَّفَتْ merujuk tempoh haid
-berkata Muhammad(Assyaibani) dengan ini diambil wudhuk untuk setiap waktu solat dan ianya kata Abu Hanifah.
-terdapat juga pandangan yang kata wudhuk untuk setiap solat tetapi tidak rojih

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ زَيْنَبَ بِنْتِ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّهَا رَأَتْ زَيْنَبَ بِنْتَ جَحْشٍ الَّتِي كَانَتْ تَحْتَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ وَكَانَتْ تُسْتَحَاضُ فَكَانَتْ تَغْتَسِلُ وَتُصَلِّي

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Hisyam bin Urwah dari Bapaknya dari Zainab binti Abu Salamah Bahawasanya ia pernah melihat Zainab binti Jahsy, isteri Abdurrahman bin Auf, yang mengeluarkan darah istihadlah tetap melaksanakan solat.”
-Zainab bin Jahsy disini bukannya isteri Rasulullah tetapi isteri kepada Abdurrahman bin Auf walaupun namanya sama
-sebahagian ulama kata riwayat ini syaz
-dan ianya اثار ليس حديث

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ سُمَيٍّ مَوْلَى أَبِي بَكْرِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّ الْقَعْقَاعَ بْنَ حَكِيمٍ وَزَيْدَ بْنَ أَسْلَمَ أَرْسَلَاهُ إِلَى سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ يَسْأَلُهُ كَيْفَ تَغْتَسِلُ الْمُسْتَحَاضَةُ فَقَالَ تَغْتَسِلُ مِنْ طُهْرٍ إِلَى طُهْرٍ وَتَتَوَضَّأُ لِكُلِّ صَلَاةٍ فَإِنْ غَلَبَهَا الدَّمُ اسْتَثْفَرَتْ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Sumayya mantan budak Abu Bakar bin Abdurrahman, bahwa Al Qa’qa’ bin Hakim dan Zaid bin Aslam mengutusnya kepada Sa’id bin Musayyab untuk bertanya ‘Bagaimana cara seorang wanita istihadah mandi? ‘ Sa’id bin Musayyab menjawab; “Dia mandi dari suci ke suci lagi, dan tetap berwudhuk dalam setiap solat. Jika darah banyak keluar, hendaklah ia menyumbatnya.”
-Rujukan:Sunan Abi Daud:301

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ قَالَ لَيْسَ عَلَى الْمُسْتَحَاضَةِ إِلَّا أَنْ تَغْتَسِلَ غُسْلًا وَاحِدًا ثُمَّ لتَتَوَضَّأُ بَعْدَ ذَلِكَ لِكُلِّ صَلَاةٍ
قَالَ يَحْيَى قَالَ مَالِك الْأَمْرُ عِنْدَنَا أَنَّ الْمُسْتَحَاضَةَ إِذَا صَلَّتْ أَنَّ لِزَوْجِهَا أَنْ يُصِيبَهَا وَكَذَلِكَ النُّفَسَاءُ إِذَا بَلَغَتْ أَقْصَى مَا يُمْسِكُ النِّسَاءَ الدَّمُ فَإِنْ رَأَتْ الدَّمَ بَعْدَ ذَلِكَ فَإِنَّهُ يُصِيبُهَا زَوْجُهَا وَإِنَّمَا هِيَ بِمَنْزِلَةِ الْمُسْتَحَاضَةِ
قَالَ يَحْيَى قَالَ مَالِك الْأَمْرُ عِنْدَنَا فِي الْمُسْتَحَاضَةِ عَلَى حَدِيثِ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ وَهُوَ أَحَبُّ مَا سَمِعْتُ إِلَيَّ فِي ذَلِكَ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Hisyam bin Urwah dari bapaknya dari berkata; “Seorang wanita yang istihadlah tidak wajib mandi kecuali hanya sekali, setelah itu ia harus berwudhuk untuk setiap solat ” Yahya berkata; Malik berkata, “Menurut pendapat kami, jika seorang yang istihadlah telah solat, maka boleh bagi suaminya untuk menggaulinya. Begitu juga para wanita nifas, jika telah sampai puncak di mana wanita telah terhenti darah nifasnya, lalu keluar darah setelah itu, boleh bagi suaminya untuk menggaulinya. Dan hukumnya seperti wanita yang istihadlah.” Yahya berkata; Malik berkata, “Pendapat kami tentang wanita istihadlah adalah sebagaimana disebutkan hadits Hisyam bin Urwah, dari bapaknya. Itulah sebaik-baik apa yang telah kami dengar.”
-ayat ثُمَّ لتَتَوَضَّأُ بَعْدَ ذَلِكَ لِكُلِّ صَلَاة merujuk kepada waktu solat bukannya setiap solat
-darah nifas dari sisi Syafie dan Maliki palaing lama 60 hari,manakala Hanafi 40 hari.
Perkara luar mengenai bab ini
1)bagi mereka yang yakin ianya dari haid atau nifas maka dibenarkan untuk tidak solat puasa dan lain lain manakala yang meragui maka perlu ia laksanakan.
2)perubahan waktu haid merupakan perkara biasa
3)jumhur ulama menyatakan orang haid haram baca Alquran walaupun sebahagian ulama menyatakan ianya hadis doif.Namun larangan Rasulullah untuk mereka tunaikan solat menunjukkan larangan mereka membaca Alquran.

30)Bab Kencing budak kecik

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ أُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِصَبِيٍّ فَبَالَ عَلَى ثَوْبِهِ فَدَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَاءٍ فَأَتْبَعَهُ إِيَّاهُ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Hisyam bin Urwah dari Bapaknya dari Aisyah isteri Nabi saq, ia berkata, “Seorang bayi diserahkan kepada Rasulullah saw. Lalu bayi tersebut kencing di baju Rasulullah saw, beliau lalu meminta air mengusapnya dengan air tersebut.”
-tidak makan makanan selain dari susu ibu=kencingnya mukhofaf seperti kata imam Syafie iaitu najis mukhofafah
-lafaz bayi diatas mengikut pandangan hanabilah lelaki dan perempuan.manakala syafieyah ianya hanya untuk lelaki.

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ أُمِّ قَيْسٍ بِنْتِ مِحْصَنٍ أَنَّهَا أَتَتْ بِابْنٍ لَهَا صَغِيرٍ لَمْ يَأْكُلْ الطَّعَامَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَجْلَسَهُ فِي حَجْرِهِ فَبَالَ عَلَى ثَوْبِهِ فَدَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَاءٍ فَنَضَحَهُ وَلَمْ يَغْسِلْهُ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Ibnu Syihab dari Ubaidullah bin Abdullah bin ‘Utbah bin Mas’ud dari Ummu Qais binti Mihshan Bahawasanya ia pernah datang kepada Rasulullah saw dengan membawa bayinya yang belum makan makanan. Lalu ia meletakkan bayinya di pangkuan beliau, sehingga kecingnya mengenai baju beliau. Rasulullah saw kemudian meminta air dan memercikkannya tanpa mencucinya.”
-lafaz يَغْسِلْهُ disini merujuk cara basuh najis pada pakaian biasa.terdapat perahan.manakala hadis ni bukan lah tidak mencuci tapi ada juga cucian.

31)Bab Kencing Berdiri dan Selainnya

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ أَنَّهُ قَالَ دَخَلَ أَعْرَابِيٌّ الْمَسْجِدَ فَكَشَفَ عَنْ فَرْجِهِ لِيَبُولَ فَصَاحَ النَّاسُ بِهِ حَتَّى عَلَا الصَّوْتُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتْرُكُوهُ فَتَرَكُوهُ فَبَالَ ثُمَّ أَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِذَنُوبٍ مِنْ مَاءٍ فَصُبَّ عَلَى ذَلِكَ الْمَكَانِ

Telah diceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari Yahya bin Sa’id dia berkata; “Ada seorang Badwi masuk ke dalam masjid, badwi itu kemudian membuka celananya untuk kencing. Seketika itu orang-orang berteriak karena marah hingga suara menjadi gaduh, maka Rasulullah saw pun bersabda: “Biarkanlah dia! ” para sahabat lalu membiarkannya. Setelah itu Rasulullah saw menyuruh untuk mengambil setimba air lalu menuangkanya di tempat bekas kencingnya.”
-asalnya hendaklah duduk tetapi terdapat ruksoh.
-sebahagian ulama berkeras dalam hal kencing berdiri malah ada menyatakan ianya maksiat
-Rasulullah membiarkannya bukannya untuk benarkan perbuatan itu tetapi untuk menyelesaikan hajatnya.dan Rasulullah melarang perbuatan kencing di dalam masjid.

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَيْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ يَبُولُ قَائِمًا

Telah menceritakan kepadaku dari Malik dari Abdullah bin Dinar dia berkata; “Aku pernah melihat Abdullah bin Umar buang air kecil dengan berdiri.”
-Imam Malik berdalil dengan hadis ini boleh kencing berdiri

قَالَ وَسُئِلَ مَالِكٌ، عَنْ غَسْلِ الْفَرْجِ مِنَ الْبَوْلِ وَالْغَائِطِ، هَلْ جَاءَ فِيهِ أَثَرٌ، فَقَالَ : بَلَغَنِي أَنَّ بَعْضَ مَنْ مَضَى كَانُوا يَتَوَضَّؤُونَ مِنَ الْغَائِطِ، وَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَغْسِلَ الْفَرْجَ مِنَ الْبَوْلِ

Berkata dan disoal Malik mengenai basuh kemaluan dari kencing dan berak,adakah ada hadis mengenainya?jawabnya:disampakan kepadaku sebagian orang terdahulu merekanya membasuhi dari berak.dan aku suka dengan membasuh kemaluan daripada kencing.
-lafaz يَتَوَضَّؤُونَ disini maksudnya membasuh

32)Bab Siwak

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِك عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ ابْنِ السَّبَّاقِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِي جُمُعَةٍ مِنْ الْجُمَعِ يَا مَعْشَرَ الْمُسْلِمِينَ إِنَّ هَذَا يَوْمٌ جَعَلَهُ اللَّهُ عِيدًا فَاغْتَسِلُوا وَمَنْ كَانَ عِنْدَهُ طِيبٌ فَلَا يَضُرُّهُ أَنْ يَمَسَّ مِنْهُ وَعَلَيْكُمْ بِالسِّوَاكِ

Telah diceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari Ibnu Syihab dari Ibnu As Sabaq bahawa Rasulullah saw pada suatu jumaat bersabda: “Wahai kaum muslimin! Sesungguhnya Allah telah menjadikan hari ini sebagai hari raya, maka hendaklah kalian mandi. Barangsiapa memiliki wewangian, maka tidaklah mengapa jika kalian mengenakannya. Dan hendaklah kalian bersiwak.”
-hadis ini sohih dan banyak syawahid
-mandi jumaat dan siwak bukanlah wajib tetapi sunat muakkad

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Abu Az Zinad dari Al A’raj dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw bersabda: “Sekiranya tidak memberatkan umatku, sungguh akan aku perintahkan mereka untuk bersiwak.”
-banyak hadis pada zahirnya seolah olah menwajibkan siwak tetapi hadis ini menunjukkan ianya bukan wajib
-terdapat dua riwayat yang menambah untuk setiap waktu solat dan untuk setiap kali wudhuk

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ قَالَ لَوْلَا أَنْ يَشُقَّ عَلَى أُمَّتِهِ لَأَمَرَهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ وُضُوءٍ

Telah diceritakan kepadaku dari Malik dari Ibnu Syihab dari Humaid bin Abdurrahman bin Auf dari Abu Hurairah dia berkata; “Sekiranya tidak akan memberatkan umatnya, sungguh beliau akan memerintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali berwudhuk.”
-kata abu hurairoh ra bukannya hadis
-boleh digunakan ketika puasa sama ada sebelum zohor atau selepas zohor tetapi ade khilafiah