Kategori: Pemergian Syeikh Syuaib Buat Selamanya

Tazkirah Syeikh Ali Halabi Hafizohullah di kubur Syeikh Syuaib Al Arnaut Rahimahullah.

 

تذكرة من شيخ علي الحلبي حفطه الله بعد دفن شيخنا المحبوب شعيب الأرناؤوط رحمه الله
Tazkirah Syeikh Ali Halabi Hafizohullah di kubur Syeikh Syuaib Al Arnaut Rahimahullah.

-ملخص من الفيديو
-ما حفظت الرواية الحديث كما قرأ شيخ علي الحلبي.
-ولكن في رواية الأخرى
عن عبد الله بن عمرو بن العاص قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من العباد ولكن يقبض العلم بقبض العلماء،حتى اذا لم يبق عالم اتخذ الناس رؤوسا جهالا،فسئلوا فأفتوا بغير علم،فضلوا وأضلوا
حديث صحيح
-إن الموت العلماء ليس مصيبة الدنيوية فقط ولكن الموت العلماء مصيبة الدينية قبل أن يكون مصيبة الدنيوية
-موت العالِم موت العالَم
-ذكر بعض المفسر لقول الله تبارك و تعالى( نَأْتِي الْأَرْضَ نَنقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا ) قال: العلماء
-فكيف إذا كان عالمه اصحاب الحديث وأهله ودعاته ومحيي السنة رسول الله صلى الله عليه وسلم
-وقد أخرج على يديه (شيخ شعيب الأرناؤوط) نحو من ثلاث مئة (أكثر) مجلد كلها قال الله قال رسول الله.كان مثالا لالعالم.


-Ringkasan dari video
-Saya tidak hafal riwayat hadis yang dibaca Syeikh Ali Halabi.
-Akan tetapi terdapat riwayat lain
Daripada Abdullah bin Amru bin Al As berkata:aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ilmu dengan mencabut begitu sahaja, akan tetapi menghilangkan dengan mematikan ulama, sehingga tiada orang berilmu, maka manusia mengambil ketua mereka ketua yang jahil,maka apabila disoal mereka berfatwa dengan tanpa ilmu,maka sesatlah dan menyesatkan.
Hadis Sohih
-sesungguhnya kematian ulama bukan hanya musibah dunia akan tetapi kematian ulama musibah agama sebelum menjadi musibah dunia
-kematian ulama adalah kematian dunia
-disebut sebahagian pentafsir untuk firman Allah( kami datangkan di bumi dengan menjadikan dia kurang sedikit demi sedikit dari kebaikannya dan kemuliaannya) kata pentafsir:iaitu ulama
-bagaimana jika ia yang alimnya,memiliki hadis dan ahlinya dan pengajaknya dan penghidup sunnah rasulullah saw
-telah ditakhri diatas tangannya(Syeikh Syuaib Al Arnaut) lebih kurang 300 jilid(lebih) semuanya firman Allah sabda Rasulullah

 

Pemergian Syeikh Syuaib Al Arnaut

بسم الله 

إنا لله وإنا إليه راجعون

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Jika dulu kepulangan Ibnu Jamaludin ke Malaysia untuk sebulan menitiskan air mata. Hari ini(malam jumaat 27.10.16) air mata yang jatuh kerana pemergian Syeikh Syuaib buat selamanya. Ketika meminta izin dari beliau untuk pulang sebulan,beliau izinkan dan tanya  kenapa kau perlu menangis sedangkan kau akan datang lagi selepas sebulan.Sungguh benar pulang aku di Malaysia amat terasa rindu bahkan terbawa beberapa kali ke mimpi. Kembalinya aku ke Jordan aku gembira melihat syeikh.Bagi aku Syeikh Syuaib murobbi aku di Jordan. Taujihatnya,cara pendekatan dia dengan pelajar,gurauannya,pelajarannya dan kesungguhannya dalam menagajar.Pernah beberapa kali kami datang syeikh sedang tidur di ruang tamu dan bila tersedar melihat kami dia terus mulakan kelas dan matanya menjadi segar.

Pemergiannya sungguh mengejutkan. Bahkan aku sendiri tidak perasan sehinggakan hamba Allah bertanya untuk aku akidkan khabar berita pemergiannya dari ahli keluarganya.Aku berharap ia sekadar khabar angin namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.

Teringat kenangan bersama syeikh, dari mula aku jejak ke Jordan dengan membawa duit dan surat yang diamanahkan oleh Ustaz Norazamuddin. Aku mula selalu semak hadis yang aku hafal dan yang aku baca. Aku bertanya manhaj dalam menuntut ilmu. Aku meminta nasihat darinya sebagai penuntut ilmu. Aku bertanya mengenai kehidupannya. Sehinggakan aku semakin rapat dengannya. Kadang kala dipelawa makanan bahkan kami pernah duduk di rumah syeikh selama 7 jam lebih kerana pelajaran,nasihat dan mengenai Malaysia dan Jordan dari segi buah buahan,binatang,keadaaan negara dan lain lain.

Aku dipelawa masuk ke maktabah dia selapas dia perasan aku melihat buku di ruang tamu.Katanya di maktabah itu terdapat banyak lagi buku pergi lihat.Bilik tersebut penuh dengan kitab dan terdapat meja tempatnya mentahqiq kitab.Katanya banyak lagi buku yang aku tinggal di Damsyiq.Katanya seandainya engkau miliki duit lebih beli lah buku aku dan sebarkan di Malaysia.

Pernah sekali syeikh berpesan kepada kami bahawa umur kami ini wajib hafaz quran penuh.Pernah juga dia meminta kami menghafal Riyadussolihin. Aku berkata pada syeikh hadis itu banyak.Lantas jawabnya كل من يجتهيد يسير. Setiap yang berusaha akan mudah.

Pada bulan puasa aku dijemput solat di rumah syeikh bersama pelajarnya yang lain juga. Kata syeikh memang benar solat di masjid itu lebih afdal namun aku tidak larat untuk keluar. Selepas solat syeikh akan memberi nasihat atau berbual, bahkan kami bermain teka teki dan syeikh akan hidangkan kami buah buahan dan manisan. Dan akan bertanya adakah buah ini ada di negara kamu.Syeikh juga terkejut melihat tembikai kuning di Malaysia. Syeikh juga pernah menjadikan aku demo cara sujud yang betul.

Pada hari raya kami dijemput untuk menziarahi syeikh. Aku memberi syeikh kuih buatan Malaysia yang dibuat oleh senior akhwat dan syeikh memuji katanya sedap.Ketika masa itu kelas syeikh boleh dikatakan hampir setiap hari sehinggakan kesihatan syeikh mula ternganggu.Kelas syeikh mula dikurangkan.

Pernah sekali syeikh bergurau denganku,beliau mengetuk kepalaku dengan penggaru belakang badan kerana aku tidak mampu jawab soalan dan memberi taujihat.Ketukan itu perlahan. Bahkan ia menjadikan aku semakin semangat belajar kerana katanya kalau kamu malas belajar maka perlu diketuk dengan ini.Aku merasa pelajarannya sangat penuh kasih sayang seolah olah datuk dan cucu.

Antara taujihatnya: hafallah Quran dan Hadis,manfaatkan umur kamu ini kerana aku mula mendalami ilmu agama secara benar bermula 19 tahun sehingga sekarang(88 tahun),siapa yang berusaha akan mudah,kuasai bahasa arab,jangan tinggalkan siasah sebab ia sebahagian dari Islam,jangan ikuti syiah,ikhlaskan niat terhadap Allah,cintalah ilmu kerana ia perkara asas untuk menuntut ilmu dan lain lain.

14881684_1279863482047625_1790801589_o