Kategori: A)Syeikh Syuaib Al Arnaut

Tazkirah Syeikh Ali Halabi Hafizohullah di kubur Syeikh Syuaib Al Arnaut Rahimahullah.

 

تذكرة من شيخ علي الحلبي حفطه الله بعد دفن شيخنا المحبوب شعيب الأرناؤوط رحمه الله
Tazkirah Syeikh Ali Halabi Hafizohullah di kubur Syeikh Syuaib Al Arnaut Rahimahullah.

-ملخص من الفيديو
-ما حفظت الرواية الحديث كما قرأ شيخ علي الحلبي.
-ولكن في رواية الأخرى
عن عبد الله بن عمرو بن العاص قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من العباد ولكن يقبض العلم بقبض العلماء،حتى اذا لم يبق عالم اتخذ الناس رؤوسا جهالا،فسئلوا فأفتوا بغير علم،فضلوا وأضلوا
حديث صحيح
-إن الموت العلماء ليس مصيبة الدنيوية فقط ولكن الموت العلماء مصيبة الدينية قبل أن يكون مصيبة الدنيوية
-موت العالِم موت العالَم
-ذكر بعض المفسر لقول الله تبارك و تعالى( نَأْتِي الْأَرْضَ نَنقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا ) قال: العلماء
-فكيف إذا كان عالمه اصحاب الحديث وأهله ودعاته ومحيي السنة رسول الله صلى الله عليه وسلم
-وقد أخرج على يديه (شيخ شعيب الأرناؤوط) نحو من ثلاث مئة (أكثر) مجلد كلها قال الله قال رسول الله.كان مثالا لالعالم.


-Ringkasan dari video
-Saya tidak hafal riwayat hadis yang dibaca Syeikh Ali Halabi.
-Akan tetapi terdapat riwayat lain
Daripada Abdullah bin Amru bin Al As berkata:aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ilmu dengan mencabut begitu sahaja, akan tetapi menghilangkan dengan mematikan ulama, sehingga tiada orang berilmu, maka manusia mengambil ketua mereka ketua yang jahil,maka apabila disoal mereka berfatwa dengan tanpa ilmu,maka sesatlah dan menyesatkan.
Hadis Sohih
-sesungguhnya kematian ulama bukan hanya musibah dunia akan tetapi kematian ulama musibah agama sebelum menjadi musibah dunia
-kematian ulama adalah kematian dunia
-disebut sebahagian pentafsir untuk firman Allah( kami datangkan di bumi dengan menjadikan dia kurang sedikit demi sedikit dari kebaikannya dan kemuliaannya) kata pentafsir:iaitu ulama
-bagaimana jika ia yang alimnya,memiliki hadis dan ahlinya dan pengajaknya dan penghidup sunnah rasulullah saw
-telah ditakhri diatas tangannya(Syeikh Syuaib Al Arnaut) lebih kurang 300 jilid(lebih) semuanya firman Allah sabda Rasulullah

 

Pemergian Syeikh Syuaib Al Arnaut

بسم الله 

إنا لله وإنا إليه راجعون

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Jika dulu kepulangan Ibnu Jamaludin ke Malaysia untuk sebulan menitiskan air mata. Hari ini(malam jumaat 27.10.16) air mata yang jatuh kerana pemergian Syeikh Syuaib buat selamanya. Ketika meminta izin dari beliau untuk pulang sebulan,beliau izinkan dan tanya  kenapa kau perlu menangis sedangkan kau akan datang lagi selepas sebulan.Sungguh benar pulang aku di Malaysia amat terasa rindu bahkan terbawa beberapa kali ke mimpi. Kembalinya aku ke Jordan aku gembira melihat syeikh.Bagi aku Syeikh Syuaib murobbi aku di Jordan. Taujihatnya,cara pendekatan dia dengan pelajar,gurauannya,pelajarannya dan kesungguhannya dalam menagajar.Pernah beberapa kali kami datang syeikh sedang tidur di ruang tamu dan bila tersedar melihat kami dia terus mulakan kelas dan matanya menjadi segar.

Pemergiannya sungguh mengejutkan. Bahkan aku sendiri tidak perasan sehinggakan hamba Allah bertanya untuk aku akidkan khabar berita pemergiannya dari ahli keluarganya.Aku berharap ia sekadar khabar angin namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.

Teringat kenangan bersama syeikh, dari mula aku jejak ke Jordan dengan membawa duit dan surat yang diamanahkan oleh Ustaz Norazamuddin. Aku mula selalu semak hadis yang aku hafal dan yang aku baca. Aku bertanya manhaj dalam menuntut ilmu. Aku meminta nasihat darinya sebagai penuntut ilmu. Aku bertanya mengenai kehidupannya. Sehinggakan aku semakin rapat dengannya. Kadang kala dipelawa makanan bahkan kami pernah duduk di rumah syeikh selama 7 jam lebih kerana pelajaran,nasihat dan mengenai Malaysia dan Jordan dari segi buah buahan,binatang,keadaaan negara dan lain lain.

Aku dipelawa masuk ke maktabah dia selapas dia perasan aku melihat buku di ruang tamu.Katanya di maktabah itu terdapat banyak lagi buku pergi lihat.Bilik tersebut penuh dengan kitab dan terdapat meja tempatnya mentahqiq kitab.Katanya banyak lagi buku yang aku tinggal di Damsyiq.Katanya seandainya engkau miliki duit lebih beli lah buku aku dan sebarkan di Malaysia.

Pernah sekali syeikh berpesan kepada kami bahawa umur kami ini wajib hafaz quran penuh.Pernah juga dia meminta kami menghafal Riyadussolihin. Aku berkata pada syeikh hadis itu banyak.Lantas jawabnya كل من يجتهيد يسير. Setiap yang berusaha akan mudah.

Pada bulan puasa aku dijemput solat di rumah syeikh bersama pelajarnya yang lain juga. Kata syeikh memang benar solat di masjid itu lebih afdal namun aku tidak larat untuk keluar. Selepas solat syeikh akan memberi nasihat atau berbual, bahkan kami bermain teka teki dan syeikh akan hidangkan kami buah buahan dan manisan. Dan akan bertanya adakah buah ini ada di negara kamu.Syeikh juga terkejut melihat tembikai kuning di Malaysia. Syeikh juga pernah menjadikan aku demo cara sujud yang betul.

Pada hari raya kami dijemput untuk menziarahi syeikh. Aku memberi syeikh kuih buatan Malaysia yang dibuat oleh senior akhwat dan syeikh memuji katanya sedap.Ketika masa itu kelas syeikh boleh dikatakan hampir setiap hari sehinggakan kesihatan syeikh mula ternganggu.Kelas syeikh mula dikurangkan.

Pernah sekali syeikh bergurau denganku,beliau mengetuk kepalaku dengan penggaru belakang badan kerana aku tidak mampu jawab soalan dan memberi taujihat.Ketukan itu perlahan. Bahkan ia menjadikan aku semakin semangat belajar kerana katanya kalau kamu malas belajar maka perlu diketuk dengan ini.Aku merasa pelajarannya sangat penuh kasih sayang seolah olah datuk dan cucu.

Antara taujihatnya: hafallah Quran dan Hadis,manfaatkan umur kamu ini kerana aku mula mendalami ilmu agama secara benar bermula 19 tahun sehingga sekarang(88 tahun),siapa yang berusaha akan mudah,kuasai bahasa arab,jangan tinggalkan siasah sebab ia sebahagian dari Islam,jangan ikuti syiah,ikhlaskan niat terhadap Allah,cintalah ilmu kerana ia perkara asas untuk menuntut ilmu dan lain lain.

14881684_1279863482047625_1790801589_o

Bab 60: Sejarah dan kewafatan

Bab 60: Sejarah dan kewafatan

Merupakan teknik yang penting,dengannya diketahui kesambungan hadis dulan terputusnya dan dengannya terzahirnya tuduhan riwayat.

Cabang:

Pertama:Rasulullah dan 10 Sahabat dijanjikan syurga
A)Rasulullah saw wafatnya pada 63 tahun,ketika waktu duha hari isnin,12 rabiul awal tahun 11 hijrah ke Madinah.
B)-Abu Bakar ra pada jamadil awal 13 hijrah
-Umar Alkhatob pada bulan zulhijjah tahun 23 hijrah
C)-Usman ra pada hari jumaat bulan zulhijjah tahun 35 hijrah
-Ali ra di bulan ramadan tahun 40 hijrah
– -Tohah dan Zubair bulan jamadil awal tahun 36 hijrah
D)-Saad bin Waqos tahun 55 hijrah
-Said bin Zaid tahun 51 hijrah
-Abdul Rahman bin Auf tahun 32 hijrah
-Abu Ubaidah tahun 18 hijrah

Kedua:Dua sahabat yang hidup 60 tahun di zaman jahiliyah dan hidup 60 tahun di zaman Islam(umurnya 120 tahun) iaitu:
-Hakim bin Hizam
-Hassan bin Sabit bin Munzar bin Haram
Peringatan:terdapat juga sahabat lain seperti mereka dan ada yang kurang sedikit dari mereka sebagi contoh:
-Huwaitib bin Abdul Uzza Alqurosyu Al Amiri
-Said bin Yarbu’ Alqurosyi
-Hamnan
-Makhromah bin Naufal
Dan disebut Ibnu Mandah terdapat sahabat yang berumur 120 tetapi tidak pasti ketika jahiliyah dan Islam:
-Asim bin Ajlani
-Muntajik datuk Najiah
-Nafi’ bin Sulaiman Al Abdi
-dan lain lain

Ketiga:Pemilik Mazhab yang diikuti
-Sufian Assauri 161 hijrah wafat di Basroh dan lahir pada 67 hijrah
-Malik bin Anas 179 hijrah wafat di Madinah dan lahir pada 93 hijrah
-Abu Hanifah bin Nu’man bin Sabit wafat di Baghdad pada 150 hijrah
-Abu Abdullah Muhammad bin Idris Assyafie wafat di Mesir pada akhir rajab tahun 204 hijrah dan lahir pada 150 hijrah
-Abu Abdullah Ahmad bin Hambal wafat di Baghdad pada rabiul awal 241 hijrah dan lahir 164 hijrah.
-dan terdapat mazhab lain

Keempat:Pemilik Kitab Hadis Muktamad
-Abu Abdullah Albukhori lahir pada hari jumaat 13 syawal tahun 194 hijrah dan wafat malam raya fitri tahun 256 hijrah
-Muslim wafat di Naisaburi di bulan rajab tahun 261 hijrah
-Abu Daud Assijistani wafat di Basroh pada syawal tahun 270 hijrah
-Abu Isa Attarmizi wafat 13 rajab tahun 279 hijrah
-Abu Abdul Rahman Annasaie wafat pada 303 hijrah
-Abu Hassan Addarulqutni wafat di Baghdad di Zulkaedah tahun 385 hijrah dan lahir pada 306 hijrah
-Alhakim Abu Abdullah Annaisaburu wafat di safar tahun 405 hijrah dan lahir di bulan rabiul awal tahun 321 hijrah
-Abu Muhammad Abdul Ghani bin Said lahir di zulkaedah tahun 332 hijrah dan wafat di Mesir di safar tahun 409 hijrah
-Abu Nuaim Ahmad bin Abdullah Al Asbahani lahir pada 334 hijrah dan wafat di safar 434 hijrah di Asbahan
-Abu Umar bin Abdul Bar Hafizul Maghrib lahir di rabiulakhir tahun 368 hijrah dan wafat tahun 463 hijrah
-Abu Bakar Albaihaqi lahir 384 hijrah dan wafat di Naisaburi di Jamadil Awal 458 hijrah
-Abu Bakar Alkhotib Albaghdadi lahi jamadil akhir tahun 391 dan wafat di Baghdad zulhijjah 463 hijrah

Rujukan lengkap di Tadriburrowi fi syarah Taqribin Nawawi

RINGKASAN TAFSIR JAMIK AHKAM (SURAH AZZUMAR 11-28)

RINGKASAN TAFSIR JAMIK AHKAM (SURAH AZZUMAR 11-28)

قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ (11) وَأُمِرْتُ لِأَنْ أَكُونَ أَوَّلَ الْمُسْلِمِينَ (12)

Katakanlah lagi (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya;
( 12 ) “Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah)”.

-ayat 11 sama seperti ayat ke2 surah ini
-menjadi awal muslim ummat ini dan berbeza dengan agama ayah(selain agama Islam)
-ayat ini terdapat kalam yang dihazaf iaitu أمرت بالعبادة لأن أكون أول المسلمين

قُلْ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ (13)

Katakanlah lagi: “Sesungguhnya aku takut – jika aku menderhaka kepada Tuhanku – akan azab hari yang besar (soal jawabnya)”.
-berkata Ibnu Musayyib ayat ini dimansukkhan dengan ليغفر لك الله ما تقدم من ذنبك وما تأخر

قُلِ اللَّهَ أَعْبُدُ مُخْلِصًا لَّهُ دِينِي (14)

Katakanlah lagi: “Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya.
-Lafaz مخلصا له ديني merujuk kepada ketaatan dan ibadah

فَاعْبُدُوا مَا شِئْتُم مِّن دُونِهِ ۗ قُلْ إِنَّ الْخَاسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ أَلَا ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ (15)

Maka sembahlah kamu apa yang kamu kehendaki, yang lain dari Allah, (kamu akan mengetahui akibatnya)”. Katakanlah lagi: “Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat . Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata.”
-فَاعْبُدُوا مَا شِئْتُم مِّن دُونِهِ merupakan ancaman
-berkata Ibnu Abbas mengenai kerugian tersebut.sesungguhnya Allah jadikan pasangan didalam syurga sebelum menciptanya maka rugilah bagi mereka yang masuk neraka

لَهُم مِّن فَوْقِهِمْ ظُلَلٌ مِّنَ النَّارِ وَمِن تَحْتِهِمْ ظُلَلٌ ۚ ذَٰلِكَ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبَادَهُ ۚ يَا عِبَادِ فَاتَّقُونِ (16)

Bagi mereka (yang kafir disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: “Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!”
-berkata Ibnu Abbas ذَٰلِكَ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبَادَه merujuk kepada wali-walinya

وَالَّذِينَ اجْتَنَبُوا الطَّاغُوتَ أَن يَعْبُدُوهَا وَأَنَابُوا إِلَى اللَّهِ لَهُمُ الْبُشْرَىٰ ۚ فَبَشِّرْ عِبَادِ (17)

Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan ; oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu -beberapa pendapat mengenai maksud الطَّاغُوتَ.antaranya: syaitan,tukang tilik,isim a’jami arab seperti (طالوت وجالوت وهاروت وماروت),isim musytak dariالطغيان dan lain -lain.
– ” لهم البشرى ” في الحياة الدنيا بالجنة في العقبى
-maksud وأنابوا إلى الله iaitu pulanh kepada beribadah kepadanya dan mentaati.

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ (18)

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya ; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna
-mendengar kata kata Alquran dan kata kata Rasulullah dan berhukum dengannya dan beramal

أَفَمَنْ حَقَّ عَلَيْهِ كَلِمَةُ الْعَذَابِ أَفَأَنتَ تُنقِذُ مَن فِي النَّارِ (19) لَٰكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ غُرَفٌ مِّن فَوْقِهَا غُرَفٌ مَّبْنِيَّةٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ وَعْدَ اللَّهِ ۖ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ الْمِيعَادَ (20)

(19) Maka adakah orang yang telah ditetapkan atasnya hukuman azab ! Oleh itu adakah engkau berkuasa menyelamatkan orang yang dalam neraka?
( 20 ) Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka , dibina untuk mereka mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.
-kerana syurga itu ada tingkat tingkatnya

{أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَلَكَهُ يَنَابِيعَ فِي الْأَرْضِ ثُمَّ يُخْرِجُ بِهِ زَرْعًا مُّخْتَلِفًا أَلْوَانُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَجْعَلُهُ حُطَامًا ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَذِكْرَىٰ لِأُولِي الْأَلْبَابِ(21)

Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar , selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.
-berkata ianya merupakan perumpamaan kepada dunia.sebagaimana berubahnya tumbuhan itu begitu jugalah dunia

أَفَمَن شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِّن رَّبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ (22)

Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya dari Tuhannya, Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
-Ibnu Mas’ud:kami bertanya wahai Rasullah mengenai firman Allah أَفَمَن شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِّن رَّبِّهbagaimana dilapangkan dadanya?jawab Rasulullah :apabila masuk cahaya dalam hati dilapangkan dan dibaikinya.

اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُّتَشَابِهًا مَّثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ (23)

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain , yang berulang-ulang ; yang kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
-merujuk kepada Alquran dan membenarkan satu sama lain ayat .tiada berlaku percanggahan di dalam Alquran

أَفَمَن يَتَّقِي بِوَجْهِهِ سُوءَ الْعَذَابِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ وَقِيلَ لِلظَّالِمِينَ ذُوقُوا مَا كُنتُمْ تَكْسِبُونَ (24)

Maka adakah orang yang menahan dengan mukanya akan azab yang buruk pada hari kiamat? Dan dikatakan kepada orang-orang yang zalim itu: “Rasalah apa yang kamu usahakan dahulu”.
-Berkata Mujahid terserat mukanya di dalam api neraka
-balasan keatas perbuatan maksiat

كَذَّبَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَأَتَاهُمُ الْعَذَابُ مِنْ حَيْثُ لَا يَشْعُرُونَ (25)
فَأَذَاقَهُمُ اللَّهُ الْخِزْيَ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ (26)

( 25 ) orang-orang yang terdahulu dari mereka telah mendustakan, lalu orang-orang itu didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya.
( 26 ) Maka Allah merasakan mereka kehinaan dalam kehidupan dunia , dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar lagi. Kalaulah mereka mengetahui .
-berkata الخزي dari perkara tidak disukai manakalaالخزاية dari perasaan malu

وَلَقَدْ ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ مِن كُلِّ مَثَلٍ لَّعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ (27) قُرْآنًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِي عِوَجٍ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ (28)

( 27 ) Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran.
( 28 )Iaitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa.
-berkata Syeikh Syuaib bahasa arab yang paling fushah dan afdal
-لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ daripada kafir dan pendustaan

1)SURAH AZZUMAR صورة الزمر

بسم الله الرحمن الرحيم

تَنْزِيلُ الْكِتابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ(1)

( 1 )   Turunnya Kitab ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Kitab yang merujuk kepada Alquran.Digelar sebagai kitab kerana ianya tertulis.

إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ (2) أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ (3) لَوْ أَرَادَ اللَّهُ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا لَاصْطَفَى مِمَّا يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ سُبْحَانَهُ هُوَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ (4)  

( 2 )   Sesungguhnya Kami menurunkan kitab ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya. ( 3 )   Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”, – sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). ( 4 )   Kalaulah Allah hendak mempunyai anak, tentulah Ia memilih mana-mana yang dikehendakiNya dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya; Maha Sucilah Ia (dari menghendaki yang demikian). Dia lah Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya.

إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ

Allah telah turunkan Alquran dengan kebenaran tanpa ada kesalahan.

مُخْلِصاً

 Perkataan  membawa kepada dua perbincangan iaitu:

1)  مُخْلِصاً Mentauhidkan Allah tanpa melibatkan sebarang syirik.  لَهُ الدِّينَ Iaitu taat. أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُiaitu memenuhi.

2)Berkata Ibnu Arobi bahawa ayat ini menunjukkan kewajipan niat dalam amalan

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى

Merujuk kepada mereka yang menyembah berhala lalu menyatakan ibadah mereka untuk mendekatkan diri dengan Allah

إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

Sesungguhnya Allah akan menghakimi ahli agama selain Islam pada hari qiamat.Sesungguhnya agama yang diredhai Allah adalah Islam.

لَوْ أَرَادَ اللَّهُ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا لَاصْطَفَى مِمَّا يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ سُبْحَانَهُ هُوَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّار

Menafikan Allah memiliki anak sesungguhnya Allah Maha Esa dan Maha Berkuasa.

خَلَقَ السَّماواتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهارِ وَيُكَوِّرُ النَّهارَ عَلَى اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى أَلا هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ (5) خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ واحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْها زَوْجَها وَأَنْزَلَ لَكُمْ مِنَ الْأَنْعامِ ثَمانِيَةَ أَزْواجٍ يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهاتِكُمْ خَلْقاً مِنْ بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُماتٍ ثَلاثٍ ذلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ لَا إِلهَ إِلاَّ هُوَ فَأَنَّى تُصْرَفُونَ (6)

( 5 )   Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, – tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni. ( 6 )   Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya – isterinya (Hawa); dan Ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?

خَلَقَ السَّماواتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهارِ وَيُكَوِّرُ النَّهارَ عَلَى اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى أَلا هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ

Menunjukkan  Allah berkuasa dan kaya untuk melakukan.Siapa yang mampu lakukannya maka ialah tuhan yang layak disembah.

خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ واحِدَةٍ

Merujuk kepada Nabi Adam a.s

واحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْها زَوْجَها وَأَنْزَلَ لَكُمْ مِنَ الْأَنْعامِ ثَمانِيَةَ

 Allah menjadikan kehidupan berpasangan.Dan menciptakan kehidupan lain.

يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهاتِكُمْ خَلْقاً مِنْ بَعْدِ خَلْق

Berkata Qotadah dan Assudi:نطفة kemudian علقة kemudian مضغة kemudian عظم kemudian لحم

فِي ظُلُماتٍ ثَلاثٍ

Kegelapan perut,rahim dan plasenta.(kata Ibnu Abbas,Ikromah,Mujahid,Qotadah dan Addohak)

ذلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ لَا إِلهَ إِلاَّ هُوَ فَأَنَّى تُصْرَفُونَ

Yang melakukan semua perkara tersebut adalah Allah.Bagaimana mungkin  boleh melakukan ibadah selain Allah?

إِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنْكُمْ وَلَا يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِنْ تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

( 7 )   Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya); dan Ia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Ia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

Berkata Ibnu Abbas dan Assudi: Sesungguhnya Allah tidak meredhai orang beriman yang mnengufuri nikmat

 

وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِنْ قَبْلُ وَجَعَلَ لِلَّهِ أَنْدَادًا لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِهِ قُلْ تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيلًا إِنَّكَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ (8) أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ (9)

( 8 )   Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): “Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk neraka.

( 9 )   “(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ

Merujuk kepada orang kafr apabila miskin dan ditimpa bala

دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِنْ قَبْلُ وَجَعَلَ لِلَّهِ أَنْدَادًا لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِهِ قُلْ تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيلًا إِنَّكَ مِنْ أَصْحَابِ النَّار

Kembalilah mereka kepada Allah dan Allah berikan mereka nikmat dan setelah memperolehi lupalah mereka kepada siapa mereka memohon ketika mereka kesusahan.

أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ

Empat  bentuk قَانِتٌ:

  • Ketaatan(kata Ibnu Mas’ud)
  • Khusyuk dalam solat(kata Ibnu Syihab)
  • Mendirikan solat)kata Yahya bin Salam)
  • Pendakwah kepada tuhannya

Sesungguhnya kata Ibnu Mas’ud merangkumi semua

 

آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا

Sebahagian berkata : antara maghrib dan isya/sebahagian berkata : setahun

 يَحْذَرُ الْآخِرَةَ

Berkata Saad bin Jubair:azab akhirat

 

وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ

Menuju kepada nikmat syurga

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Berkata zajaj: sepertimana orang lakukan maksiat dan orang yang taat

إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَاب

Pemilik akal dari kalangan orang beriman

قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ (10)

 

( 10 )   Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.

قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ

Kebaikan di dunia: Ketaatan

Kebaikan di akhirat : Ganjaran di syurga

وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ

Sesungguhnya bumi Allah ini luas maka berhijrahlah janganlah kamu kekal bersama orang melakukan maksiat

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Iaitu tanpa ada ukuran/ganjaran yang bertambah

NASIHAT SYEIKH SYUAIB

بسم الله الرحمن الرحيم

Muhadoroh minggu ini berasa lain.Sangat gembira.Apabila kami tiba melihat syeikh kelihatan handsome dan sihat.Kami berbual bersama syeikh sebelum mula.Dan Ibnu Jamaludin mengambil peluang untuk bergambar bersama beliau kerana syeikh memakai baju yang cantik.Sebelum ini syeikh sering memakai baju biasa.

Antara menyentuh perasaan Ibnu Jamaludin apabila syeikh memanggil isteri nya untuk mengambilkan kopiahnya yang hanya berada dibelakang kepalanya.Ibnu Jamaludin membawa kopiah tetapi tidak memakai dan menyimpan di dalam kocek.Adakah kepala di dalam kocek?

 

IMG_20160228_163844.jpg

Dia berpesan bersungguh sungguhlah dalam menuntut ilmu dan mestilah kita mengajarkan pada orang lain

Disebut juga
من يريد الله به خيرا يفقهه في الدين
Siapa yang allah kehendaki kebaikan padanya difakihkan dalam agama
خيركم من تعلم القرآن وعلمه
Yang terbaik dari kalian siapa yang belajar quran dan mengajar

Moga allah memanjangkan umur syeikh
Ya allah ya tuhan kami panjangkanlah umur guru guru kami dan rahmatilah mereka,kurniakan lah kami semangat mencari ilmu serta berterusan dan jadikan kami dari kalangan pencinta ilmu

SYEIKH SYUAIB AL ARNAUT

SYEIKH SYUAIB AL ARNAUT

Merupakan antara guru kepada Ibnu Jamaludin.Sebelum tiba di bumi Jordan Ustaz Nor Azamuddin mengirimkan sepucuk surat dan juga wang untuk diberi kepada Syeikh Syuaib.

Kali pertama bertemu sangat kagum dengan beliau.Walaupun sudah berumur tetapi masih memiliki semangat mengajar.Ketika menunjukkan gambar ustaz azam kepada syeikh.Syeikh menyangka bahawa ibnu jamaludin isteri kepada ustaz azam kerana gambar tersebut Ibnu Jamaludin memakai serban.

Walaupun kitab yang kami tadah dari syeikh merupakan kitab untuk marhalah tinggi,tapi Ibnu Jamaludin ingin manfaatkan syeikh dan mengeratkan hubungan dengannya.Syeikh Syuaib wataknya seorang yang garang dan suka bergurau.

Beliau merupakan ulama hadis,dan telah mentahqiq banyak kitab termasuklah kitab yang diaajarkannya kepada kami iaitu Tadribul Rowi.Malah beliau turut mentahqiq kitab kitab besar seperti syarah fathul bari sebanyak 22/23 jilid dan yang mengagumkan musnad ahamd sebanyak 51 jilid.Antara yang lain sunan arba’,tafsir ibnu kasir dan lain-lain.

Antara yang mengagumkan beliau masih kuat ingatanya,mampu  mencari rujukan malah mengigat jilid kitab.Beliau juga turut membaca walaupun sudah berumur.Ketika kami hadir ke rumahnya untuk meneruskan kelas.Beliau memegang sebuah buku nipis mengenai isu am.

Moga ALLAH memanjangkan umur syeikh dan mengurniakan kami semangat menuntut ilmu bersamanya.

YA ALLAH KAU KURNIAKANLAH KAMI PERASAAN MENCINTAI ILMU DAN SEMANGAT MENCARI ILMU,YA ALLAH PANJANGKANLAH UMUR GURU GURU KAMI DAN RAHMATILAH MEREKA.

YA ALLAH ENGKAU JADIKAN LAH KAMI DARI PELAJAR YANG BERAKHLAK DAN JADIKANLAH KAMI MEMILIKI HUBUNGAN YANG ERAT ANTARA GURU-GURU KAMI.

IMG_169312906016061

GAMBAR USTAZ NOR AZAMUDDIN BERSAMA SYEIKH SYUAIB