Kategori: Pengalaman di Jordon

Pengalaman Pertama Menunaikan Umrah

Walaupun Umrah yang dikerjakan ini berlaku pada setahun yang lepas(2016) namun penulisan ini untuk menjadi ingatan buatku.

Sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar Malaysia di Jordan menunaikan Umrah ketika berada di Jordan.Kebiasaanya perjalanan melalui bas dan terdapat juga yang melalui kapal terbang.

Pada awalnya Ibnu Jamaludin dan rakannya ingin pergi melalui Univeriti Jordan kerana melalui Markaz Saqofah ianya percuma.Namun bukan rezeki buat kami ketika itu.Akhirnya aku terbaca di facebook iklan untuk pergi umrah untuk orang Malaysia.Perancangan umrah tersebut dibina oleh ustaz dan ustazah yang mengambil phd.Maka kami mengisi tempat kosong bas tersebut.

Antara Ustaz  dan Ustazah Phd atau master yang terlibat ialah Ustaz Ghazali(merupakan ketua),isterinya dan anak-anaknya(Ammar,Ayis,dan Imran),Ustaz Faisal(merupakan mutowif kami),isterinya dan anak-anaknya(Rahman,Bari dan Ainun),Pakcik Husni dan anaknya,Ustaz Yusran dan isterinya,calon phd di Universiti Irbid dan isterinya,Kak Long dan lain-lain.

Manakala kami yang merupakan orang muda dalam bas ini ialah,Badrul,Khairi,Irfan,Rizki ,Zulqarnain,Ibrahim,pelajar Singapore dan Ibnu Jamaludin.

12644883_10205578490048528_1239824770391162409_n

Ibnu Jamaludin duduk dihadapan bersama Bari ketika perjalanan ke Madinah AlMunawaroh.Perjalanan ini mengajar erti bagaimana tabahnya seorang bapa melayan anak.Walaupun tempoh yang sebentar bersama mereka.Ketika awal aku melayan kanak kanak kecil bila mana mereka bertanyakan soalan.Dan sememangnya aku suka melayan anak kecil dengan cerita,teka teki dan silap mata.Ketika diperhentian aku dan rakan akan membawa mereka ke tandas.Alhamdulillah ketika di Malaysia aku biasa menjaga anak buahku.Ada kala terdengar tangisan bayi kecil,dan bila aku menoleh ayah dan ibunya akan sibuk menenangkan anaknya.

 

Perjalanan ini bukanlah sekejap tetapi memakan masa yang panjang.

img_20160122_161725

Nasihat Ibnu Jamaludin bagi mereka yang ingin membaca buku bagi mendapatkan Ibroh ketika dalam umrah bacalah sebelum perjalanan.Walaupun perjalanan ke Madinah 610 KM dan Madinah 1041 KM namun kitab Rohiqul Makhtum karangan Syeikh Sofa Abd Rahman Almubarak Furi Alhindi yang hanya 500 muka surat tidak sempat untuk dihabiskan.

Kami tersangkut di sempadan buat masa yang lama kerana menanti giliran pemeriksaan.

(bersambung)

KERINDUAN KEATAS KELUARGA

السلام عليكم

Begitulah kehidupan manusia.sudah menjadi fitrah keatas manusia wujudnya perasaan cinta,benci,suka,marah,rindu dan pelbagai lagi.Dan Allah menjadikan perasaan sayang bila mana kita rapat dengan insan tertentu.Maka tidak hairan lah jika rindu itu hadir tatkala kita berjauhan dengan mereka walaupun era ini tidak lagi susah berhubung seperti mana zaman dahulu.zaman ini wujudnya wassap,skype,fb dan pelbagai lagi.Namun hati lain tatkala melihat orang dihadapan mata dan melihat menggunakan teknologi.

Ibnu Jamaludin minggu ini berasa sangat rindu keatas keluarga.Di dalam seminggu ini saja aku bermimpikan melawat keluargaku yang berada di Malaysia selama 5 hari.Jika dulu ketika di asrama SMKA TAHAP.aku hanya akan menelefon keluarga tika mana minggu pulang dan perkara penting.Ketika pulang itulah Ibnu Jamaludin akan manfaatkan masa dengan keluarganya.akan menemani ibunya ke pasar.akan makan makanan yang dimasak ibunya.

Namun hari ni Ibnu Jamaludin situasi berlainan.Kalau dulu jarak rumah ke sekolah tercinta  hanyalah 2jam setengah.namun jarak Jordan ke Malaysia  memerlukan tiket kapal terbang.kalau dulu rayanya aku berketawa bersama keluarga.namun hari ni keluarga aku hanyalah rakan rakan jordan.kalau dulu aku makan laksam yang dimasak emak ku.hari ni aku makan makanan arab.begitulah hidup aku sekarang.

Wallahi rindu ini akan dipendam.kerana inilah perjuangan menuntut ilmu.Begitulah Imam Syafie.dia diarah menuntut ilmu oleh ibunya.dan ia mengigatkan aku kata emakku.”Mak biarkan uddin pergi ni sebab uddin nak belajar agama”.Sungguh kata emak beri semangat.

Dalam hati kadang risau memikirkan keluarga di sana.dengan umur ibubapa yang sudah lanjut.Namun aku yakin Allah lah sebaik baik pengatur.maka aku serahkan kepada Allah.Ibnu Jamaludin teringat dimana die bermimpi solat kan jenazah ayahnya.Bagaimana keadaan kamu wahai pembaca kisah ini jika mana kamu sendiri melihat jenazah ayah mu.dan kau yang mengangkat takbir sambil melihat jenazah ayahmu.dan ketika baca Al-Fatihah Ibnu Jamaludin sangat khusyuk.air mata mengalir bagaikan tiada hentinya.ketika ayat اهدنا .Aku terjaga dan bibirku melafazkan الصرط المستقيم .maka aku berasa hairan dimana aku.aku melihat dirumah.dan badanku berpeluh satu badan dan muka ku penuh air mata.itu hanyalah mimpi.Namun aku berharap umur ahli keluarga ku panjang.dan aku sendiri yang akan menyolatkan jenazah mereka sekiranya aku yang layak.

SMKA TAHAP lah yang mendorong aku untuk berdakwah keatas keluargaku hingga kehari ini.tiadalah indah jika aku menuntut ilmu namun orang sekeliling tidak mengetahui ilmu itu.Namun ALLAH lah yang memberi hidayah…

“YA ALLAH KAU AMPUNILAH DOSAKU,DOSA KEDUA IBU BAPAKU,ADIK BERADIKKU,GURU-GURUKU,RAKAN-RAKANKU,JIRAN-JIRANKU DAN SELURUH UMAT ISLAM…YA ALLAH KURNIAKAN LAH KAMI HIDAYAH DAN KEKALKANLAH IA,MASUKKANLAH KAMI KEDALAM SYURGA DENGAN RAHMAT MU,JAUHKANAH KAMI DARI AZABMU,YA ALLAH PANJANGKAN LAH UMUR KAMI SEKIRANYA IA BAIK UNTUK KAMI,YA ALLAH JADIKANLAH KAMI OORANG YANG CINTA,TAKUT,BERHARAP,BERTAWAKAL KEPADA KAU,JADIKANLAH KAMI ORANG YANG CINTA DAN RINDU KEPADA NABI MUHAMMAD SAW”

10933696_838701316187025_2000798734504080957_n

 

Dijemput Jamuan Syeikh Muaz

الحمدلله على كل نعمة

Menjadi pengalaman baru bila menghadiri jemputan Syeikh Muaz.Beliau mengadakan jamuan untuk pelajar yang bertalaqi dengannya.Pelajar Malaysia yang menghadiri hanyalah 2 orang iaitu Rizki dan saya.Di dalam majlis tersebut saya bertemu dari pelbagai negara.Malaysia,Afganistan,Siria,Palestin,Jordon,Iraq dan lain lain.Turut merasai nikmat melihat budaya mereka seperti menyanyi dan bersyair.

IMG_20150926_195614[1]IMG_20150926_194909[1]IMG_20150926_193826[1]

Menyambut Hari Raya Aidil Adha di Bumi Jordon

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari raya aidil adha yang disambut buat pertama kali di bumi jordon…..dan ia juga merupakan raya yang pertama disambut tanpa keluarga tercinta,saudara mara dan rakan-rakan di Malaysia…Ia disambut pada 24.9.15……Terbayang situasi keluarga di Malaysia…rindunya terhadap mereka cukup Allah yang tahu…Terbayang masakan emak di pagi raya dengan rendangnya,laksam,nasi dagang,pulut dan pelbagai lagi….Namun apakan daya bayangan itu tidak seperti mana nikmat yang dirasai raya yang lepas..

Di sini kami turut menyambut…Alhamdullillah tahun ini sebanyak 21 kambing yang dikorbankan…dan turut 40 ayam kami sembelih….Bagi pelajar tahun satu kami diwajibkan bagi mengambil pengalaman dalam menyembelih ayam….Alhamdullillah berjaya juga dilakukan walaupon pada awalnya berasa gerun…Di sini saya juga turut merasa peluang melapah kambing….

IMG_20150924_103646[1]

Pada keesokan harinya iaitu 25.9.15….Kai turut mengadakan jamuan raya…Terubat rind pada makanan Malaysia kerana kami disediakan masakan melayu…Antara yang mencuit hati saya anak kecil melayu menyanyikan lag Kun Anta…sangat comel…Pada hari itu juga saya mendapat hadiah cabutan bertuah…

IMG_20150925_143607[1]IMG_20150925_144014[1]IMG-20150925-WA0053[1]

Hadiah Kurnian Allah Di Jordon

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم الحمدلله على كل نعمات

Hadiah pertama yang dimiliki ialah sebagai peserta terbaik minggu taaruf pelajar di mantiqoh amman…

IMG-20150914-WA0039[1]

Bagi hadiah kedua merupakan buku dari seorang senior room mates…aka ayoh…buku karangan Syeikh Solah Al Kholidi…merupakan guru talaqi saya..

IMG_20150913_212116[1]

Hadiah ketiga merupakan hadiah cabutan bertuah sempena sambutan hari raya aidili adha….

IMG_20150925_155059[1]

Berbuat Baik dan Cinta Pada Anak Kecil

السلام عليكم

Alhamdullillah masih berpeluang untuk menulis….Terdetik hati ingin menceritakan mengenai anak kecil…Saya merupakan seorang yang sangat suka pada anak kecil…Ketika sampai di muka bumi jordon ini,,saya berasa hairan dengan beberapa akhlak anak kecil yang suka mempersendakan orang luar jordon seperti kami….setelah 3 hari saya diganggu dengan anak kecil yang sama…saya telah melakukan kesilapan di mana saya meminta agar Allah melindungi saya dari diganggu anak kecil tersebut…Betapa lemahnya iman saya,,sedangkan dugaan saya hanya kecil..Moga Allah mengampuni saya dan meningkat kan kesabaran dan kasih sayang kepada kanak-kanak…

Pada keesokan harinya,,saya berasa hairan dimana anak kecil itu…saya berasa pelik dengan perasaan saya…Akhirnya saya akui saya merindui mereka…Kerinduaan itu berlanjutan selama 5/6 hari kerana tidak bertemu mereka..Ditakdirkan Allah saya bertemu dengan anak kecil lain yang sangat baik..Dia seorang ank siria yang melarikan diri bersama keluarga untuk mencari kehidupan yang selamat..Dia bermain dengan saya,,peluk saya meminjam kopiah saya dan duduk di sebelah saya…kami juga sempat berbual bersama…Bermula dari peristiwa ini,,saya berazam membeli gula-gula dan inigin diberi pada kanak-kanak….

..IMG_20150909_201728[1]IMG_20150909_201458[1]

Pada hari yang lain saya melihat anak kecil bermain bola…Tiba -tiba terkena kereta dan memecahkan side miror kereta…Lalu mereka melarikan diri..Lantas saya berkata “memang orang jordan begini ek”..Lalu rakan saya bernam Hasyimi menegur saya mereka anak yatim…Saya baru perasan itu adalah markaz anak yatim…Ya Allah ampunilah dosa ku….

Hari yang dinantikan tiba,,saya bertemu dengan anak kecil yang suka mempersendakan saya…Tidak sempat die bermuka mulut,saya menghulurkan gula-gula kepada mereka..terlihat mulut mereka tidak terkeluar perkataan…Lalu saya berbual bersama mereka…Dan ajaib mereka berinteraksi dengan saya cara yang baik…

Begitu lah kehidupan…berbuat baik..kebaikan yang berlaku…

seminggu di jordon

الحمدلله
Telah seminggu di sini pelbagai pengalaman diperolehi….memiliki rakan baru….teringat ketika menyampaikan salam dari ustaz azam kepada syeikh syuaib..ketika menunjukkan gambar…die menyangka disebelah ustaz azam itu isterinya..padahal bukan..manakala ketika menyampaikan salam kepada syeikh muaz..dia masih mengigatinya dengan mengelar ustaz azam sebagai nur….

Sungguh hairan di bumi ini…kucingnya keseluruhan bersifat liar…tiada pun yang jinak…bila ditanya kepada senior..dia berkata kerana orang arab bersifat kasar…agak mengejutkan…sungguh di malaysia kebanyakkan kucing jinak…mungkin kerana kelembutan orang melayu…Disini terdapat orang arab yang suka dan puji orang melayu…antara kisahnya…ketka berjalan…terdapat seorang pakcik menanyakan kami dari mana..bila dikhabarkan oang malaysia dia memberi sebuah buku..terdapat juga seorang pakcik palestin yang sering menegur orang malaysia dan sering berbual dan memuji orang malaysia…terdapat juga seorang kakak palestin yang menyatakan orang malaysia yang terbaik akhlak di sebelah asia tenggara…wallahualam…

Kami juga berpeluang menziarahi tempat di masa Abdul Rahman Bin Auf pernah berda..

Hari semalam terubat rindu bila dapat menelefon emak…allah saja yang tahu kesyukuran di hati ini..mungkin ketika bersama adakala kita tidak mengendah ibu kita..tetapi percayalah jika antum ditempat ana..bertapa rindu dan ingin berbakti kepada ibu…doa yang menenangkan hati anak ini…insyaallah….

Camera 360
Camera 360

IMG_20150828_140133[1]IMG_20150828_140151[1]

Hari Ketiga di Jordon….

Hari ini alhamdulillah makin menyesuaikan diri di bumi al urdun…..Selepas asar saya bersama beberapa rakan cuba berjalan di bandar ini….Pergi ke bank dan mencari roti…

Setelah solat maghrib cuba bercakap arab dengan seorang pakcik…..pada awalnya dia tidak memahami kerana saya bertutur dalam bahasa arab biasa…bila diteruskan baru mendapat respon..bertanyakan nama dan memberitahu bahawa pelajar baru….Sifatnya yang amat hormati Malaysia menjadikan kami lebih akrab…..Dia sering menegur”اهلا يا اهل ماليزيا”..bermaksud selamat datang wahai ahli malaysia..Dia juga sering menceritakan kisah yang sama mengenai apa yang terjadi di Palestin…matanya sering berair…

YA ALLAH KAU BANTULAH AGAMA ISLAM YA ALLAH…BANGKITKAN ISLAM…JADIKAN AGAMA ISLAM MENAKLUK DUNIA…YA ALLAH AMPUNILAH KAMI SEKIRANYA KAMI LALAI TERHADAP SAUDARA KAMI ISLAM…YA ALLAH JADIKANLAH KAMI ORANG YANG BERANI MENEGAKKAN AGAMAMU WALAUPUN KAMI TERPAKSA MENGORBANKAN NYAWA KAMI…YA ALLAH SAUDARA KAMI RAMAI TELAH SYAHID YA ALLAH,ANAK ANAK KECIL DIBUNUH YA ALLAH,PEREMPUAN PEREMPUAN DIROGOL,DIBUNUH,BAPA DIBUNUH DIHAPAN KELUARGA MEREKA…YA ALLAH BANTULAH KAMI BANGKIT DAN MENJADIKAN APA YANG TELAH BERLAKU SEBAGAI PENGAJARAAN KEATAS KAMI..

IMG_20150904_201111[1]

Selepas siap urusan itu,kami menuju ke daurah lughoh…Di situ yang tidak disangka bahawa senior bilik saya yang digelar AYAH merupakan pengerusi majlis dan bertutur dalam bahasa arab…Dan terdapat pengajar kepada kami untuk bahasa arab seramai 3 orang…Mereka orang yang hebat…bermulalah taaruf….agak terkejut bemula dari saya…memperkenalkan nama,bidang,wilayah,sekolah lama dan tujuan belajar di jordon…Alhamdullillah Allah membantu saya dalam bertutur dengan bahasa arab…Banyak pesan yang diberi….

Setelah itu,kami solat berimamkan Ammar Yaser…suaranya sunnguh merdu…dan dialah yang menjemput saya di airport…jazakallahukhoiron kasiro…

Insyallah esok kami akan cuba berjoging di bumi jordon.

..IMG-20150902-WA0059[1]

Hari pertama di Amman Jordon

Alhamdullillah selamat sampai di bumi jordon….segala puji bagi Allah…moga dipermudahkan segalanya….agak terkejut melihat bangunan jordon yang seakan akan kesemuanya bewarna sama seperti debu atau pasir dan cara orang di sini memandu kereta…terlampau aneh berbanding Malaysia…Disini cara pandu yang laju dan bunyi hon yang tidak asing bagi mereka….Tetapi disebalik itu selepas solat isya saya berpeluang untuk mendengar kuliah Syeikh Muaz yang juga guru kepada guru saya yang bernama Ustaz Nor Azamuddin Bin Umar…Kitab yang dipelajari tadi kitab riyadusolihin….hari pertama sudah pasti menjadi kebiasaan masalah rumit dalam memahami arab….moga latihan akan membantu…insyaallah

….IMG_169416229742270[1]    Ustaz Nor Azammuddin,Cikgu Zaini dan Syeikh Muaz….