Kategori: 4-Quran

SYEIKH SOLAH ALKHOLIDI

بسم لله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

          Syeikh Solah alkholidi merupakan salah seorang guru ibnu jamaludin.Beliau merupakan seorang ulama tafsir di Jordan.Kelas beliau berlangsung selama satu jam lebih.20 minit tafsir awal,disambung dengan 20 minit tafsir dan diakhiri dengan baki masa untuk ikrob alquran.Kelas berliau berhampiran dengan  Masjid Hud Hud pada hari sabtu.

         Beliau turut pernah menjadi pensyarah di University Wise.Ibnu Jamaludin pernah mendengar bahawa syeikh menghadiri ke university dengan menaiki coaster.

          Ibnu Jamaludin merasa kagum dengan Syeikh Solah.Beliau sering mengupdate status di Fb sebagai wasilah berdakwah dan berjihad.Ibnu Jamaludin akan mengambil tandatangan beliau(kitab tulisan Syeikh Solah) setelah selesai muhadhoroh,sebagai wasilah untuk rajin membeli penulisan Syeikh Solah dan membantu Ibnu Jamaludin dari terlepas talaqi dengan beliau.

IMG-20151217-WA0004

Gambar ketika pertama kali menghadiri kelas beliau.

YA ALLAH KAU KURNIAKANLAH KAMI PERASAAN MENCINTAI ILMU DAN SEMANGAT MENCARI ILMU,YA ALLAH PANJANGKANLAH UMUR GURU GURU KAMI DAN RAHMATILAH MEREKA.

YA ALLAH ENGKAU JADIKAN LAH KAMI DARI PELAJAR YANG BERAKHLAK DAN JADIKANLAH KAMI MEMILIKI HUBUNGAN YANG ERAT ANTARA GURU-GURU KAMI.

Advertisements