Kategori: Ibnu Jamaludin Dalam Menuntut Ilmu

Keluarga

 

بسم الله الرحمان الرحيم 

Didikan pertama yang diperolehi oleh ibnu jamaludin adalah dari keluarga sendiri. Terkenang ketika kecil diajar ilmu basic agama Islam oleh abah dan abang. Antaranya mengucap syahadah, menunaikan solat. mandi wajib dan akhlak. Tidak lupa emak dan kakak mengajar quran dan akhlak. ibnu jamaludin turut mempelajari ilmu lain seperti matematik, membaca, sains, Bahasa dan lain-lain.

 

Antara kenangan yang diingat, ketika kecil tiap petang kami akan mengaji dengan mak. Merupakan antara nikmat yang besar dapat mengenali Quran. Emak merupakan ahli quran sehinggalah hari ini. Kesungguhannya mempelajari ilmu Quran walaupun di usia yang lanjut menyebabkan ibnu Jamaludin  semangat mempelajari ilmu bahagian Quran seperti bacaan tahsin, bacaan qiroaat,tafsir, ikrob Quran dan lain lain bersama guru dibumi Syam. Abah antara yang mendorong ibnu Jamaludin dalam mengahafal Quran. Beliau sering bertanya berapa banyak telah hafal Quran dari kecil sehinggalah hari ini dibumi syam.

Adik beradik mendorong dalam  pendidikan. Kenangan mengahafal sifir, mempelajari solat bersama, akhlak, cara taamul dengan orang dan lain- lain.

 

Advertisements

Tazkirah Syeikh Ali Halabi Hafizohullah di kubur Syeikh Syuaib Al Arnaut Rahimahullah.

 

تذكرة من شيخ علي الحلبي حفطه الله بعد دفن شيخنا المحبوب شعيب الأرناؤوط رحمه الله
Tazkirah Syeikh Ali Halabi Hafizohullah di kubur Syeikh Syuaib Al Arnaut Rahimahullah.

-ملخص من الفيديو
-ما حفظت الرواية الحديث كما قرأ شيخ علي الحلبي.
-ولكن في رواية الأخرى
عن عبد الله بن عمرو بن العاص قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من العباد ولكن يقبض العلم بقبض العلماء،حتى اذا لم يبق عالم اتخذ الناس رؤوسا جهالا،فسئلوا فأفتوا بغير علم،فضلوا وأضلوا
حديث صحيح
-إن الموت العلماء ليس مصيبة الدنيوية فقط ولكن الموت العلماء مصيبة الدينية قبل أن يكون مصيبة الدنيوية
-موت العالِم موت العالَم
-ذكر بعض المفسر لقول الله تبارك و تعالى( نَأْتِي الْأَرْضَ نَنقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا ) قال: العلماء
-فكيف إذا كان عالمه اصحاب الحديث وأهله ودعاته ومحيي السنة رسول الله صلى الله عليه وسلم
-وقد أخرج على يديه (شيخ شعيب الأرناؤوط) نحو من ثلاث مئة (أكثر) مجلد كلها قال الله قال رسول الله.كان مثالا لالعالم.


-Ringkasan dari video
-Saya tidak hafal riwayat hadis yang dibaca Syeikh Ali Halabi.
-Akan tetapi terdapat riwayat lain
Daripada Abdullah bin Amru bin Al As berkata:aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ilmu dengan mencabut begitu sahaja, akan tetapi menghilangkan dengan mematikan ulama, sehingga tiada orang berilmu, maka manusia mengambil ketua mereka ketua yang jahil,maka apabila disoal mereka berfatwa dengan tanpa ilmu,maka sesatlah dan menyesatkan.
Hadis Sohih
-sesungguhnya kematian ulama bukan hanya musibah dunia akan tetapi kematian ulama musibah agama sebelum menjadi musibah dunia
-kematian ulama adalah kematian dunia
-disebut sebahagian pentafsir untuk firman Allah( kami datangkan di bumi dengan menjadikan dia kurang sedikit demi sedikit dari kebaikannya dan kemuliaannya) kata pentafsir:iaitu ulama
-bagaimana jika ia yang alimnya,memiliki hadis dan ahlinya dan pengajaknya dan penghidup sunnah rasulullah saw
-telah ditakhri diatas tangannya(Syeikh Syuaib Al Arnaut) lebih kurang 300 jilid(lebih) semuanya firman Allah sabda Rasulullah

 

Pemergian Syeikh Syuaib Al Arnaut

بسم الله 

إنا لله وإنا إليه راجعون

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Jika dulu kepulangan Ibnu Jamaludin ke Malaysia untuk sebulan menitiskan air mata. Hari ini(malam jumaat 27.10.16) air mata yang jatuh kerana pemergian Syeikh Syuaib buat selamanya. Ketika meminta izin dari beliau untuk pulang sebulan,beliau izinkan dan tanya  kenapa kau perlu menangis sedangkan kau akan datang lagi selepas sebulan.Sungguh benar pulang aku di Malaysia amat terasa rindu bahkan terbawa beberapa kali ke mimpi. Kembalinya aku ke Jordan aku gembira melihat syeikh.Bagi aku Syeikh Syuaib murobbi aku di Jordan. Taujihatnya,cara pendekatan dia dengan pelajar,gurauannya,pelajarannya dan kesungguhannya dalam menagajar.Pernah beberapa kali kami datang syeikh sedang tidur di ruang tamu dan bila tersedar melihat kami dia terus mulakan kelas dan matanya menjadi segar.

Pemergiannya sungguh mengejutkan. Bahkan aku sendiri tidak perasan sehinggakan hamba Allah bertanya untuk aku akidkan khabar berita pemergiannya dari ahli keluarganya.Aku berharap ia sekadar khabar angin namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.

Teringat kenangan bersama syeikh, dari mula aku jejak ke Jordan dengan membawa duit dan surat yang diamanahkan oleh Ustaz Norazamuddin. Aku mula selalu semak hadis yang aku hafal dan yang aku baca. Aku bertanya manhaj dalam menuntut ilmu. Aku meminta nasihat darinya sebagai penuntut ilmu. Aku bertanya mengenai kehidupannya. Sehinggakan aku semakin rapat dengannya. Kadang kala dipelawa makanan bahkan kami pernah duduk di rumah syeikh selama 7 jam lebih kerana pelajaran,nasihat dan mengenai Malaysia dan Jordan dari segi buah buahan,binatang,keadaaan negara dan lain lain.

Aku dipelawa masuk ke maktabah dia selapas dia perasan aku melihat buku di ruang tamu.Katanya di maktabah itu terdapat banyak lagi buku pergi lihat.Bilik tersebut penuh dengan kitab dan terdapat meja tempatnya mentahqiq kitab.Katanya banyak lagi buku yang aku tinggal di Damsyiq.Katanya seandainya engkau miliki duit lebih beli lah buku aku dan sebarkan di Malaysia.

Pernah sekali syeikh berpesan kepada kami bahawa umur kami ini wajib hafaz quran penuh.Pernah juga dia meminta kami menghafal Riyadussolihin. Aku berkata pada syeikh hadis itu banyak.Lantas jawabnya كل من يجتهيد يسير. Setiap yang berusaha akan mudah.

Pada bulan puasa aku dijemput solat di rumah syeikh bersama pelajarnya yang lain juga. Kata syeikh memang benar solat di masjid itu lebih afdal namun aku tidak larat untuk keluar. Selepas solat syeikh akan memberi nasihat atau berbual, bahkan kami bermain teka teki dan syeikh akan hidangkan kami buah buahan dan manisan. Dan akan bertanya adakah buah ini ada di negara kamu.Syeikh juga terkejut melihat tembikai kuning di Malaysia. Syeikh juga pernah menjadikan aku demo cara sujud yang betul.

Pada hari raya kami dijemput untuk menziarahi syeikh. Aku memberi syeikh kuih buatan Malaysia yang dibuat oleh senior akhwat dan syeikh memuji katanya sedap.Ketika masa itu kelas syeikh boleh dikatakan hampir setiap hari sehinggakan kesihatan syeikh mula ternganggu.Kelas syeikh mula dikurangkan.

Pernah sekali syeikh bergurau denganku,beliau mengetuk kepalaku dengan penggaru belakang badan kerana aku tidak mampu jawab soalan dan memberi taujihat.Ketukan itu perlahan. Bahkan ia menjadikan aku semakin semangat belajar kerana katanya kalau kamu malas belajar maka perlu diketuk dengan ini.Aku merasa pelajarannya sangat penuh kasih sayang seolah olah datuk dan cucu.

Antara taujihatnya: hafallah Quran dan Hadis,manfaatkan umur kamu ini kerana aku mula mendalami ilmu agama secara benar bermula 19 tahun sehingga sekarang(88 tahun),siapa yang berusaha akan mudah,kuasai bahasa arab,jangan tinggalkan siasah sebab ia sebahagian dari Islam,jangan ikuti syiah,ikhlaskan niat terhadap Allah,cintalah ilmu kerana ia perkara asas untuk menuntut ilmu dan lain lain.

14881684_1279863482047625_1790801589_o

Sedekah

Telah diceritakan dalam kelas syeikh Muaz mengenai hadis didalam kitab رياض الصالحين  yang turut terdapat di dalam صحيحين  .Iaitu hadis mengenai kisah seseorang yang telah tersedekah kepada pencuri,penzina dan orang kaya.

عن أبي هريرة أَنَّ النّبِىّ ،صلى الله عليه وسلم ، قَالَ : قَالَ رَجُلٌ : لأتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ ، فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِى يَدِ سَارِقٍ ، فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ ، تُصُدِّقَ عَلَى سَارِقٍ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ لأتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ ، فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدَيْ زَانِيَةٍ ، فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ ، تُصُدِّقَ اللَّيْلَةَ عَلَى زَانِيَةٍ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى زَانِيَةٍ ، لأتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ ، فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِى يَدَيْ غَنِىٍّ ، فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ عَلَى غَنِىٍّ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى سَارِقٍ ، وَعَلَى زَانِيَةٍ ، وَعَلَى غَنِىٍّ ، فَأُتِىَ ، فَقِيلَ لَهُ : أَمَّا صَدَقَتُكَ عَلَى سَارِقٍ فَلَعَلَّهُ أَنْ يَسْتَعِفَّ عَنْ سَرِقَتِهِ ، وَأَمَّا الزَّانِيَةُ فَلَعَلَّهَا أَنْ تَسْتَعِفَّ عَنْ زِنَاهَا ، وَأَمَّا الْغَنِىُّ فَلَعَلَّهُ يَعْتَبِرُ فَيُنْفِقُ مِمَّا أآتاهُ اللَّهُ

“Seorang lelaki berkata: Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata: Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata: Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata: Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya.

Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya: Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.”

 

Turut diceritakan juga mengenai Syeikh Badruddin Hasan.Beliau telah mengumpulkan anak muridnya dan memberi wang untuk disedekahkan kepada pelacur beliau turut memesan agar menyatakan ianya dari aku.Maka anak muridnya merasa hairan bagaimana mungkin untuk kami untuk pergi bertemu pelacur sedangkan kami penuntut ilmu agama.Setelah diberikan,dikhabarkan pelacur tersebut menangis dan berhenti dari berzina.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SYEIKH MUAZ SAID HAWA

بسم لله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

             Syeikh Muaz Said Hawa merupakan ulama di Jordon.Merupakan anak kepada antara ulama besar Jordan iaitu Syeikh Said Hawa.Syeikh Muaz merupakan adik kepada Syeikh Muhammad Said Hawa.

            Kelas Syeikh Muaz pada hari selasa dan sabtu.Pada hari selasa selepas maghrib mengunakan kitab مبادي الإسلام manakala selepas isya menggunakan kitab رياض الصالحين .Namun kehadiran Ibnu Jamaludin di bumi Jordan sempat pada akhir kitab ini.Syeikh Muaz menyatakan setelah tamat dua kitab ini beliau akan mengajar kitab الموطا karangan Imam Malik.Pada hari sabtu Ibnu Jamaludin tidak pasti kitab yang digunakan kerana Ibnu Jamaludin tidak itiqomah untuk muhadoroh hari sabtu.Moga Allah mengampunkan sikap Ibnu Jamaludin dan mengurniakan beliau semangat mencintai ilmu.

          Ketika hari pertama Ibnu Jamaludin sampai di bumi Jordan,sebelum zohor.Dia terus bertanya kepada senior rumahnya mengenai Syeikh yang dikenalkan kepada beliau oleh Ustaz Nor Azamuddin.Pada malam itu terus beliau menghadiri kelas Syeikh Muaz.Pada awalnya perasaan takut menyelubungi Ibnu Jamaludin ketika melihat Syeikh Muaz kerana menyangka bahawa beliau garang.Alangkah terkejutnya apabila mendengar kata kata Syeikh Muaz.Kata-katanya sangat lembut dan dari hati.

         Pernah sekali Syeikh Muaz menghabiskan kelas awal kerana ingin menghadiri jemputan.Alangkah terkejutnya melihat beliau memandu kereta sendiri.

IMG_169416229742270

Syeikh Muaz dikiri,Ustaz Azam ditengah,Cikgu Ghazali di kanan.

YA ALLAH KAU KURNIAKANLAH KAMI PERASAAN MENCINTAI ILMU DAN SEMANGAT MENCARI ILMU,YA ALLAH PANJANGKANLAH UMUR GURU GURU KAMI DAN RAHMATILAH MEREKA.

YA ALLAH ENGKAU JADIKAN LAH KAMI DARI PELAJAR YANG BERAKHLAK DAN JADIKANLAH KAMI MEMILIKI HUBUNGAN YANG ERAT ANTARA GURU-GURU KAMI.

SYEIKH SOLAH ALKHOLIDI

بسم لله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

          Syeikh Solah alkholidi merupakan salah seorang guru ibnu jamaludin.Beliau merupakan seorang ulama tafsir di Jordan.Kelas beliau berlangsung selama satu jam lebih.20 minit tafsir awal,disambung dengan 20 minit tafsir dan diakhiri dengan baki masa untuk ikrob alquran.Kelas berliau berhampiran dengan  Masjid Hud Hud pada hari sabtu.

         Beliau turut pernah menjadi pensyarah di University Wise.Ibnu Jamaludin pernah mendengar bahawa syeikh menghadiri ke university dengan menaiki coaster.

          Ibnu Jamaludin merasa kagum dengan Syeikh Solah.Beliau sering mengupdate status di Fb sebagai wasilah berdakwah dan berjihad.Ibnu Jamaludin akan mengambil tandatangan beliau(kitab tulisan Syeikh Solah) setelah selesai muhadhoroh,sebagai wasilah untuk rajin membeli penulisan Syeikh Solah dan membantu Ibnu Jamaludin dari terlepas talaqi dengan beliau.

IMG-20151217-WA0004

Gambar ketika pertama kali menghadiri kelas beliau.

YA ALLAH KAU KURNIAKANLAH KAMI PERASAAN MENCINTAI ILMU DAN SEMANGAT MENCARI ILMU,YA ALLAH PANJANGKANLAH UMUR GURU GURU KAMI DAN RAHMATILAH MEREKA.

YA ALLAH ENGKAU JADIKAN LAH KAMI DARI PELAJAR YANG BERAKHLAK DAN JADIKANLAH KAMI MEMILIKI HUBUNGAN YANG ERAT ANTARA GURU-GURU KAMI.

NASIHAT SYEIKH SYUAIB

بسم الله الرحمن الرحيم

Muhadoroh minggu ini berasa lain.Sangat gembira.Apabila kami tiba melihat syeikh kelihatan handsome dan sihat.Kami berbual bersama syeikh sebelum mula.Dan Ibnu Jamaludin mengambil peluang untuk bergambar bersama beliau kerana syeikh memakai baju yang cantik.Sebelum ini syeikh sering memakai baju biasa.

Antara menyentuh perasaan Ibnu Jamaludin apabila syeikh memanggil isteri nya untuk mengambilkan kopiahnya yang hanya berada dibelakang kepalanya.Ibnu Jamaludin membawa kopiah tetapi tidak memakai dan menyimpan di dalam kocek.Adakah kepala di dalam kocek?

 

IMG_20160228_163844.jpg

Dia berpesan bersungguh sungguhlah dalam menuntut ilmu dan mestilah kita mengajarkan pada orang lain

Disebut juga
من يريد الله به خيرا يفقهه في الدين
Siapa yang allah kehendaki kebaikan padanya difakihkan dalam agama
خيركم من تعلم القرآن وعلمه
Yang terbaik dari kalian siapa yang belajar quran dan mengajar

Moga allah memanjangkan umur syeikh
Ya allah ya tuhan kami panjangkanlah umur guru guru kami dan rahmatilah mereka,kurniakan lah kami semangat mencari ilmu serta berterusan dan jadikan kami dari kalangan pencinta ilmu

SYEIKH SYUAIB AL ARNAUT

SYEIKH SYUAIB AL ARNAUT

Merupakan antara guru kepada Ibnu Jamaludin.Sebelum tiba di bumi Jordan Ustaz Nor Azamuddin mengirimkan sepucuk surat dan juga wang untuk diberi kepada Syeikh Syuaib.

Kali pertama bertemu sangat kagum dengan beliau.Walaupun sudah berumur tetapi masih memiliki semangat mengajar.Ketika menunjukkan gambar ustaz azam kepada syeikh.Syeikh menyangka bahawa ibnu jamaludin isteri kepada ustaz azam kerana gambar tersebut Ibnu Jamaludin memakai serban.

Walaupun kitab yang kami tadah dari syeikh merupakan kitab untuk marhalah tinggi,tapi Ibnu Jamaludin ingin manfaatkan syeikh dan mengeratkan hubungan dengannya.Syeikh Syuaib wataknya seorang yang garang dan suka bergurau.

Beliau merupakan ulama hadis,dan telah mentahqiq banyak kitab termasuklah kitab yang diaajarkannya kepada kami iaitu Tadribul Rowi.Malah beliau turut mentahqiq kitab kitab besar seperti syarah fathul bari sebanyak 22/23 jilid dan yang mengagumkan musnad ahamd sebanyak 51 jilid.Antara yang lain sunan arba’,tafsir ibnu kasir dan lain-lain.

Antara yang mengagumkan beliau masih kuat ingatanya,mampu  mencari rujukan malah mengigat jilid kitab.Beliau juga turut membaca walaupun sudah berumur.Ketika kami hadir ke rumahnya untuk meneruskan kelas.Beliau memegang sebuah buku nipis mengenai isu am.

Moga ALLAH memanjangkan umur syeikh dan mengurniakan kami semangat menuntut ilmu bersamanya.

YA ALLAH KAU KURNIAKANLAH KAMI PERASAAN MENCINTAI ILMU DAN SEMANGAT MENCARI ILMU,YA ALLAH PANJANGKANLAH UMUR GURU GURU KAMI DAN RAHMATILAH MEREKA.

YA ALLAH ENGKAU JADIKAN LAH KAMI DARI PELAJAR YANG BERAKHLAK DAN JADIKANLAH KAMI MEMILIKI HUBUNGAN YANG ERAT ANTARA GURU-GURU KAMI.

IMG_169312906016061

GAMBAR USTAZ NOR AZAMUDDIN BERSAMA SYEIKH SYUAIB

 

GURU DI MATRIKS

1)USTAZ ABDUL AZIZ BIN MOHAMED                -agama

2)USTAZ ABDUL LATIF BIN AWANG                    -agama

3)USTAZ HISAMUDIN BIN SALEH                        -agama

4)USTAZ SOLAHUDDIN BIN ABD RAHMAN       -agama

5)PUAN HAIZA BINTI MAHMUD                            -matematik

6)PUAN RAMNAH BT ABU SAMAH                       -matematik

7)PUAN NOVA ADILLA                                              -matematik

8)PUAN ZAINAB BT BASRI                                       -kimia

9)PUAN SITI SARAH BT SAIFULLAH                     -kimia

10)SIR MOHD FARID BIN ABU BAKAR                  -sains kompter

11)MS PURNEE BALAKRISHNAN                            -english

12)PUAN ASFALIZA                                                    -biology

13)MADAM SURAYA ILLIANI BT MOHD SUHOT-biology

14)PUAN HAZANAH BT KARIM                               -biology

15)SIR ZULKIFLI BIN HARI                                        -sains komputer

16)ENCIK HAIRI                                                            -warden dan koke

17)PUAN SALWANI                                                      -koke

Tidak Tersenarai Dalam UPU

بسم لله الرحمن الرحيم

Maka tibalah ujian dari Allah keatas Ibnu Jamaludin.Apabila rakan-rakan sibuk bergembira mendapat upu.Aku turut bergembira walhal aku sendiri tidak dapat.Ketika ini aku sudah di dalam matrik.

Rakan-rakan,Guru-guru dan ahli keluarga sendiri beraasa hairan mengapa aku tidak dapat walhal result aku sudah baik malah kawan yang kurang dari aku mendapatkan tempat di universiti.

Maka Ibnu Jamaludin melakukan permohonan kali kedua.Maka Allah tidak mengizinkan lagi.Jawapan yang mampu dimulutku hanyalah YANG MEMASUKKAN SESEORANG ITU DI DALAM UNIVERSITI ADALAH ALLAH.BUKANNYA RESULT.SEBALIK SESSUATU ADA SESUATU REDHA SANGKA BAIK.

Maka terbuktilah mengapa Allah tidak mengizin aku ke universiti dan kekal sementara menunggu bumi syam jordon.

Hikmahnya ialah,ketika di matrik Ibnu Jamaludin mendapat tawaran syukbah dakwah dan tarbiah.Disitu aku dapat meninggalkan beberapa jasa disana.Selain itu,di sana aku istikhoroh untuk memilih modul ternyata untuk modul ketiga dimana terdapat subjek sains komputer.ketika di jordon terdapat ujian sains komputer.Alhamdulillah berjaya.Akhir sekali,aku dapat mendalami ilmu sains dan menjadikan aku menjadi cinta dan ingin mencari ilmu sains di samping belajar di jordon.

Maka Allah lah sebaik baik pengatur…..