Pengalaman Pertama Menunaikan Umrah

Walaupun Umrah yang dikerjakan ini berlaku pada setahun yang lepas(2016) namun penulisan ini untuk menjadi ingatan buatku.

Sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar Malaysia di Jordan menunaikan Umrah ketika berada di Jordan.Kebiasaanya perjalanan melalui bas dan terdapat juga yang melalui kapal terbang.

Pada awalnya Ibnu Jamaludin dan rakannya ingin pergi melalui Univeriti Jordan kerana melalui Markaz Saqofah ianya percuma.Namun bukan rezeki buat kami ketika itu.Akhirnya aku terbaca di facebook iklan untuk pergi umrah untuk orang Malaysia.Perancangan umrah tersebut dibina oleh ustaz dan ustazah yang mengambil phd.Maka kami mengisi tempat kosong bas tersebut.

Antara Ustaz  dan Ustazah Phd atau master yang terlibat ialah Ustaz Ghazali(merupakan ketua),isterinya dan anak-anaknya(Ammar,Ayis,dan Imran),Ustaz Faisal(merupakan mutowif kami),isterinya dan anak-anaknya(Rahman,Bari dan Ainun),Pakcik Husni dan anaknya,Ustaz Yusran dan isterinya,calon phd di Universiti Irbid dan isterinya,Kak Long dan lain-lain.

Manakala kami yang merupakan orang muda dalam bas ini ialah,Badrul,Khairi,Irfan,Rizki ,Zulqarnain,Ibrahim,pelajar Singapore dan Ibnu Jamaludin.

12644883_10205578490048528_1239824770391162409_n

Ibnu Jamaludin duduk dihadapan bersama Bari ketika perjalanan ke Madinah AlMunawaroh.Perjalanan ini mengajar erti bagaimana tabahnya seorang bapa melayan anak.Walaupun tempoh yang sebentar bersama mereka.Ketika awal aku melayan kanak kanak kecil bila mana mereka bertanyakan soalan.Dan sememangnya aku suka melayan anak kecil dengan cerita,teka teki dan silap mata.Ketika diperhentian aku dan rakan akan membawa mereka ke tandas.Alhamdulillah ketika di Malaysia aku biasa menjaga anak buahku.Ada kala terdengar tangisan bayi kecil,dan bila aku menoleh ayah dan ibunya akan sibuk menenangkan anaknya.

 

Perjalanan ini bukanlah sekejap tetapi memakan masa yang panjang.

img_20160122_161725

Nasihat Ibnu Jamaludin bagi mereka yang ingin membaca buku bagi mendapatkan Ibroh ketika dalam umrah bacalah sebelum perjalanan.Walaupun perjalanan ke Madinah 610 KM dan Madinah 1041 KM namun kitab Rohiqul Makhtum karangan Syeikh Sofa Abd Rahman Almubarak Furi Alhindi yang hanya 500 muka surat tidak sempat untuk dihabiskan.

Kami tersangkut di sempadan buat masa yang lama kerana menanti giliran pemeriksaan.

(bersambung)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s