Sambungan Qosos Qurani bersama Syeikh Solah AlKholidi

 

فَلَمَّا دَخَلُوا عَلَىٰ يُوسُفَ آوَىٰ إِلَيْهِ أَبَوَيْهِ وَقَالَ ادْخُلُوا مِصْرَ إِن شَاءَ اللَّهُ آمِنِين99

( 99 )Maka ketika mereka masuk menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: “Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam aman.
-Nabi Yusuf memuliakan ayah dan ibunya serta adik beradiknya
-ia merupakan awal hijrah bani isroil

وَرَفَعَ أَبَوَيْهِ عَلَى الْعَرْشِ وَخَرُّوا لَهُ سُجَّدًا ۖ وَقَالَ يَا أَبَتِ هَٰذَا تَأْوِيلُ رُؤْيَايَ مِن قَبْلُ قَدْ جَعَلَهَا رَبِّي حَقًّا ۖ وَقَدْ أَحْسَنَ بِي إِذْ أَخْرَجَنِي مِنَ السِّجْنِ وَجَاءَ بِكُم مِّنَ الْبَدْوِ مِن بَعْدِ أَن نَّزَغَ الشَّيْطَانُ بَيْنِي وَبَيْنَ إِخْوَتِي ۚ إِنَّ رَبِّي لَطِيفٌ لِّمَا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ هُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (100)

( 100 )Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya sujud kepada Yusuf. Dan berkatalah Yusuf: “Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara; dan Ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah Syaitan merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

وَرَفَعَ أَبَوَيْهِ عَلَى الْعَرْشِ وَخَرُّوا لَهُ سُجَّدًا

-Nabi Yusuf memuliakan ibu bapanya
-ibu bapanya dan adik beradiknya sujud kepada Nabi Yusuf.zahir ayat ini menunjukkan sujud yang benar kerana menguna perkataan خَرُّ yang menunjukkan meletakkan diatas bumi(tanah).bukanlah sujud mereka kepada Nabi Yusuf sebagai menyembah kepadanya.akan tetapi untuk memuliakan Nabi Yusuf dan ia merupakan arahan dari Allah.Hakikatnya mereka sujud kepada Allah manakala Nabi Yusuf menjadi kiblat buat mereka ketika itu.
-Sujud dua jenis.
1)sujud ibadah ia hanya khusus untuk Allah subhanahu wa taala
2)sujud takrim(memuliakan) mestilah dengan arahan Allah.dab di dalam Alquran ia berlaku hanya dua kali.iaitu sujud malaikat kepada Nabi Adam dan sujud kelurga Nabi Yusuf kepadanya

وَقَالَ يَا أَبَتِ هَٰذَا تَأْوِيلُ رُؤْيَايَ مِن قَبْلُ قَدْ جَعَلَهَا رَبِّي حَقًّا

-Nabi Yusuf mengigatkan kembali Nabi Yusuf mengenai mimpinya iaitu

{إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ}

-11 bintang itu adalah adik beradiknya, matahari dan bulan ,Nabi Ya’kub ayahnya dan ibunya.
-seluruh peristiwa yang berlaku adalah untuk menjayakan mimpinya

وَقَدْ أَحْسَنَ بِي إِذْ أَخْرَجَنِي مِنَ السِّجْنِ وَجَاءَ بِكُم مِّنَ الْبَدْوِ مِن بَعْدِ أَن نَّزَغَ الشَّيْطَانُ بَيْنِي وَبَيْنَ إِخْوَتِي ۚ إِنَّ رَبِّي لَطِيفٌ لِّمَا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ هُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

-bermula kisahnya dengan hasutan syaitan keatas hati adik beradiknya,dikeluarkan dari penjara sehinggalah ia menjadi menteri
-setelah mereka meninggalkan palestin sekarang mereka melihat kebenaran takdir Allah
-kisah hidup Nabi Yusuf merangkumi nama Allah Maha Lembut,Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
-lemah lembut Allah bukanlah hanya untuk Nabi Yusuf tetapi untuk semua makhluknya

رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ (101)

( 101 ) “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”.
-Nabi Yusuf menyandarkan segala kelebihannya kepada Allah
-dua nikmat besar buat Nabi Yusuf ialah menjadi menteri dan juga nikmat ilmu dan makrifat
-dan nikmat yang diharap oleh Nabi Yusuf adalah mati dalam keadaan muslim.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s