Ringaksan Qosos Qurani bersama Syeikh Solah AlKholidi

Nabi Ya’kub terhidu bau Nabi Yusuf

{وَلَمَّا فَصَلَتِ الْعِيرُ قَالَ أَبُوهُمْ إِنِّي لَأَجِدُ رِيحَ يُوسُفَ ۖ لَوْلَا أَن تُفَنِّدُونِ (94)

( 94 ) Dan semasa kafilah (mereka meninggalkan Mesir menunju ke tempat bapa mereka di Palestin), berkatalah bapa mereka (kepada kaum kerabatnya yang ada di sisinya): “Sesungguhnya aku ada terbau akan bau Yusuf. Jika kamu tidak menyangkal.
-Nabi Ya’kub yakin bahawa Nabi Yusuf masih hidup kerana Allah menunjukkan petunjuk kenabian ketika ia kecil.dan ianya terbukti ketika sekarang.
-Nabi Ya’kub mengetahui ianya hidup tetapi tidak mengetahui dimana ia,apakah perkejaanya kerana nabi dia tidak mengetahui perkara ghaib melainkan dikhabarkan oleh Allah
-berkata Imam Arrghib تُفَنِّدُونِ dinisbahkan manusia kepada penyangkalan kerana Nabi Ya’kub lemah penglihatan

Cemohan kepada Nabi Ya’kub dan kejutan kehidupan Nabi Yusuf

قَالُوا تَاللَّهِ إِنَّكَ لَفِي ضَلَالِكَ الْقَدِيمِ (95)} [يوسف : 94-95]

( 95 ) Mereka berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya ayah masih berada dalam keadaan tidak siumanmu yang lama”.
-kerana Nabi Ya’kub masih memikirkan Nabi Yusuf yang disangkakan telah mati

فَلَمَّا أَن جَاءَ الْبَشِيرُ أَلْقَاهُ عَلَىٰ وَجْهِهِ فَارْتَدَّ بَصِيرًا ۖ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ (96)

( 96 ) Maka sebaik-baik sahaja datang pembawa khabar berita yang mengembirakan itu, dia pun meletakkan baju Yusuf pada muka Nabi Yaakub, lalu menjadilah ia celik kembali seperti sediakala. Nabi Yaakub berkata: “Bukankah aku telah katakan kepada kamu, sesungguhnya aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya?”
-disabitkan kepada kaumnya bahawa Nabi Ya’kub bukanlah sesat bahkan ianya dia dalam kebenaran nyata bahawa Nabi Yusuf hidup
-digelar pembawa baju Nabi Yusuf الْبَشِيرُ kerana ia membawa berita gembira yang besar
-mukjizat dari Allah setelah diletakkan baju Nabi Yusuf di mata Nabi Ya’kub ia menjadi pulih.
-Nabi Ya’kub ingatkan mereka dengan percakapan mereka yang tidak membenarkan katanya bahawa Nabi Yusuf masih hidup

Anak Nabi Ya’kub iktiraf kesalahan

قَالُوا يَا أَبَانَا اسْتَغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا إِنَّا كُنَّا خَاطِئِينَ (97)

( 97 ) Mereka berkata: “Wahai ayah kami! Mintalah ampun bagi kami akan dosa-dosa kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah”
-mereka mengaku kesalahan mereka dan merekalah sebab semua kesalahan ini dan meminta agar Nabi Ya’kub memohon dari Allah agar mengampuni mereka
-perbuatan yang sama mereka memohon dari Nabi Yusuf dan Nabi Yusuf memohon terus keampunan dari Allah untuk mereka berbanding Nabi Ya’kub

قَالَ سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّي ۖ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (98)

( 98 ) Nabi Yaakub berkata: “Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
-manakala Nabi Ya’kub tidak terus memohon keampunan untuk mereka kerana kesan perbuatan mereka yang sukar untuk dimaafkan untuk masa yang cepat
-Nabi Ya’kub tetap memohon keampunan untuk mereka

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s