Pemergian Syeikh Syuaib Al Arnaut

بسم الله 

إنا لله وإنا إليه راجعون

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Jika dulu kepulangan Ibnu Jamaludin ke Malaysia untuk sebulan menitiskan air mata. Hari ini(malam jumaat 27.10.16) air mata yang jatuh kerana pemergian Syeikh Syuaib buat selamanya. Ketika meminta izin dari beliau untuk pulang sebulan,beliau izinkan dan tanya  kenapa kau perlu menangis sedangkan kau akan datang lagi selepas sebulan.Sungguh benar pulang aku di Malaysia amat terasa rindu bahkan terbawa beberapa kali ke mimpi. Kembalinya aku ke Jordan aku gembira melihat syeikh.Bagi aku Syeikh Syuaib murobbi aku di Jordan. Taujihatnya,cara pendekatan dia dengan pelajar,gurauannya,pelajarannya dan kesungguhannya dalam menagajar.Pernah beberapa kali kami datang syeikh sedang tidur di ruang tamu dan bila tersedar melihat kami dia terus mulakan kelas dan matanya menjadi segar.

Pemergiannya sungguh mengejutkan. Bahkan aku sendiri tidak perasan sehinggakan hamba Allah bertanya untuk aku akidkan khabar berita pemergiannya dari ahli keluarganya.Aku berharap ia sekadar khabar angin namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.

Teringat kenangan bersama syeikh, dari mula aku jejak ke Jordan dengan membawa duit dan surat yang diamanahkan oleh Ustaz Norazamuddin. Aku mula selalu semak hadis yang aku hafal dan yang aku baca. Aku bertanya manhaj dalam menuntut ilmu. Aku meminta nasihat darinya sebagai penuntut ilmu. Aku bertanya mengenai kehidupannya. Sehinggakan aku semakin rapat dengannya. Kadang kala dipelawa makanan bahkan kami pernah duduk di rumah syeikh selama 7 jam lebih kerana pelajaran,nasihat dan mengenai Malaysia dan Jordan dari segi buah buahan,binatang,keadaaan negara dan lain lain.

Aku dipelawa masuk ke maktabah dia selapas dia perasan aku melihat buku di ruang tamu.Katanya di maktabah itu terdapat banyak lagi buku pergi lihat.Bilik tersebut penuh dengan kitab dan terdapat meja tempatnya mentahqiq kitab.Katanya banyak lagi buku yang aku tinggal di Damsyiq.Katanya seandainya engkau miliki duit lebih beli lah buku aku dan sebarkan di Malaysia.

Pernah sekali syeikh berpesan kepada kami bahawa umur kami ini wajib hafaz quran penuh.Pernah juga dia meminta kami menghafal Riyadussolihin. Aku berkata pada syeikh hadis itu banyak.Lantas jawabnya كل من يجتهيد يسير. Setiap yang berusaha akan mudah.

Pada bulan puasa aku dijemput solat di rumah syeikh bersama pelajarnya yang lain juga. Kata syeikh memang benar solat di masjid itu lebih afdal namun aku tidak larat untuk keluar. Selepas solat syeikh akan memberi nasihat atau berbual, bahkan kami bermain teka teki dan syeikh akan hidangkan kami buah buahan dan manisan. Dan akan bertanya adakah buah ini ada di negara kamu.Syeikh juga terkejut melihat tembikai kuning di Malaysia. Syeikh juga pernah menjadikan aku demo cara sujud yang betul.

Pada hari raya kami dijemput untuk menziarahi syeikh. Aku memberi syeikh kuih buatan Malaysia yang dibuat oleh senior akhwat dan syeikh memuji katanya sedap.Ketika masa itu kelas syeikh boleh dikatakan hampir setiap hari sehinggakan kesihatan syeikh mula ternganggu.Kelas syeikh mula dikurangkan.

Pernah sekali syeikh bergurau denganku,beliau mengetuk kepalaku dengan penggaru belakang badan kerana aku tidak mampu jawab soalan dan memberi taujihat.Ketukan itu perlahan. Bahkan ia menjadikan aku semakin semangat belajar kerana katanya kalau kamu malas belajar maka perlu diketuk dengan ini.Aku merasa pelajarannya sangat penuh kasih sayang seolah olah datuk dan cucu.

Antara taujihatnya: hafallah Quran dan Hadis,manfaatkan umur kamu ini kerana aku mula mendalami ilmu agama secara benar bermula 19 tahun sehingga sekarang(88 tahun),siapa yang berusaha akan mudah,kuasai bahasa arab,jangan tinggalkan siasah sebab ia sebahagian dari Islam,jangan ikuti syiah,ikhlaskan niat terhadap Allah,cintalah ilmu kerana ia perkara asas untuk menuntut ilmu dan lain lain.

14881684_1279863482047625_1790801589_o

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s