SAMBUNGAN QOSOS QURANI

SAMBUNGAN QOSOS QURANI

{قَالَ هَلْ عَلِمْتُم مَّا فَعَلْتُم بِيُوسُفَ وَأَخِيهِ إِذْ أَنتُمْ جَاهِلُونَ (89)

Yusuf berkata: “Tahukah kamu apa yang kamu telah lakukan kepada Yusuf dan adiknya, semasa kamu masih jahil?”
-Nabi Yusuf megigatkan mereka ketika Yusuf kecil dan sekarang ianya masih hidup dan merupakan orang besar di Mesir

قَالُوا أَإِنَّكَ لَأَنتَ يُوسُفُ ۖ قَالَ أَنَا يُوسُفُ وَهَٰذَا أَخِي ۖ قَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا ۖ إِنَّهُ مَن يَتَّقِ وَيَصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ (90)

Mereka bertanya : “Engkau ini Yusufkah? ” Ia menjawab: “Akulah Yusuf dan ini adikku. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatnya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

أَإِنَّكَ لَأَنتَ يُوسُف

-lafaz أَإِنَّكَ hamzah dihadapan itu menunjukkan soalan yang dengan takjub(terkejut/hairan).adakah engkau Yusuf?adakah engkau menteri Mesir Yusuf?

قَالَ أَنَا يُوسُفُ وَهَٰذَا أَخِي ۖ قَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا

-diisyaratkan kepada saudaranya yang dituduh mencuri dan dijadikan hamba pada zahirnya,akan tetapi dia dimuliakan oleh Nabi Yusuf

إِنَّهُ مَن يَتَّقِ وَيَصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

-Tiga sifat yang mendapat kelebihan dan nikmat dari Allah iaitu taqwa,sabar dan ihsan.
-ketiga tiga sifat ini dimiliki Nabi Yusuf sejak dari awal kehidupannya contohnya di rumah menteri,isteri menteri,penjara dan lain-lain.

قَالُوا تَاللَّهِ لَقَدْ آثَرَكَ اللَّهُ عَلَيْنَا وَإِن كُنَّا لَخَاطِئِينَ (91)

Mereka berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah”.
-mereka mengetahui bahawa Allah memuliakan Nabi Yusuf daripada mereka dan mereka mengakui kesalahan mereka

قَالَ لَا تَثْرِيبَ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ ۖ يَغْفِرُ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ (92)

Yusuf berkata: “Kamu pada hari ini tidak akan dicela, semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani.
-diisytiharkan keampunan keatas mereka dan diseru untuk membuka lembaran baru
-Nabi Yusuf memohon keampunan dari Allah keatas kesalahan saudaranya

اذْهَبُوا بِقَمِيصِي هَٰذَا فَأَلْقُوهُ عَلَىٰ وَجْهِ أَبِي يَأْتِ بَصِيرًا وَأْتُونِي بِأَهْلِكُمْ أَجْمَعِينَ (93)

Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku supaya datang penglihatannya dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya”.

اذْهَبُوا بِقَمِيصِي هَٰذَا فَأَلْقُوهُ عَلَىٰ وَجْهِ أَبِي يَأْتِ بَصِيرًا

-seperti ketahui Nabi Ya’kub mengalami masalah penglihatan dan ianya bukanlah buta kerana buta itu sifat kekurangan buat para nabi
-Nabi Yusuf mengetahui perkara ini.kita tidak tahu bagaimana beliau mengetahui.sesungguhnya Nabi Yusuf itu nabi Allah dan disampaikan kepada melalui wahyu dan ilham sekiranya
dikehendaki.
-perbuatan meletakkan baju itu di muka Nabi Ya’kub merupakan khabar dari Allah dan ianya mukjizat robaniyah dari Allah.Allah mengkehendaki mata ayahnya pulih dengan cara itu

وَأْتُونِي بِأَهْلِكُمْ أَجْمَعِينَ

Keluarga disini merangkumi ayah mereka,ibu mereka,pasangan mereka dan anak anak mereka,hamba dan khadam mereka dan binatang ternakan mereka.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s