SAMBUNGAN QOSOS QURANI

SAMBUNGAN QOSOS QURANI

{يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْأَسُوا مِن رَّوْحِ اللَّهِ ۖ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ (87)

87 ) Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya, dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah itu melainkan kaum yang kafir”.

-lafaz بَنِيَّ merujuk kepada jamak anak.manakala mufrodnya adalah بُنَيَّ
-makna تَحَسَّسُوا ialah mencari dengan deria
-berkata imam Assamin Alhalabi perbezaan antara تَحَسَّسُوا yang mencari dalam kebaikan manakala تَجَسَّسُوا mencari dalam keburukan.
-lafaz تَحَسَّسُوا menunjukkan mencari dengan prihatin.Nabi Ya’kub meminta anak-anaknya untuk mencari Nabi Yusuf dan adikberadiknya yang lain dengan prihatin seluruh deria.
-dalam Alquran tiga perkataan yang diguna dengan uslub tertentu رُوح(merupakan urusan Allah),رَوح(digunakkan untuk rahmat),رِيح(digunakan untuk azab)

فَلَمَّا دَخَلُوا عَلَيْهِ قَالُوا يَا أَيُّهَا الْعَزِيزُ مَسَّنَا وَأَهْلَنَا الضُّرُّ وَجِئْنَا بِبِضَاعَةٍ مُّزْجَاةٍ فَأَوْفِ لَنَا الْكَيْلَ وَتَصَدَّقْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّ اللَّهَ يَجْزِي الْمُتَصَدِّقِينَ (88)}

( 88 ) Maka setelah mereka masuk mengadap Yusuf, berkatalah mereka: “Wahai Datuk Menteri, kami dan keluarga kami telah menderita kesusahan (kemarau), dan kami datang dengan membawa barang-barang yang kurang baik dan tidak berharga (untuk menjadi tukaran bagi benda-benda makanan negeri ini). Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan makanan bagi kami dan dermalah kepada kami, sesungguhnya Allah membalas dengan sebaik-baik balasan kepada orang-orang yang bermurah hati menderma”.
-maka mereka masuk sepertimana kemasukan mereka dua kali yang sebelum cumanya sekarang mereka ingin mencari Yusuf dan saudaranya.
-Yusuf mengetahui mereka mengalami kesusahan badan,diri dan kehidupan melalui kata kata mereka
-lafaz بِبِضَاعَةٍ مُّزْجَاةٍ barang yang tidak ada baik harganya
-mereka meminta simpati dari Yusuf yang dulunya lemah dimata mereka kini menjadi menteri Mesir

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s