SAMBUNGAN KESEDIHAN NABI YA’KUB

SAMBUNGAN KESEDIHAN NABI YA’KUB

وَتَوَلَّىٰ عَنْهُمْ وَقَالَ يَا أَسَفَىٰ عَلَىٰ يُوسُفَ وَابْيَضَّتْ عَيْنَاهُ مِنَ الْحُزْنِ فَهُوَ كَظِيم (84)

84 ) Dan (bapa mereka – Nabi Yaakub) pun berpaling dari mereka (kerana berita yang mengharukan itu) sambil berkata: Aduhai sedihnya aku kerana Yusuf, dan putihlah dua belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya kerana ia orang yang memendamkan marahnya di dalam hati.

وَتَوَلَّىٰ عَنْهُم

Berdiri Nabi Ya’kub dari anak-anaknya dan memaling dari mereka

وَقَالَ يَا أَسَفَىٰ عَلَىٰ يُوسُفَ

Nabi Ya’kub tidak sabar dan terburu buru untuk bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf

وَابْيَضَّتْ عَيْنَاهُ مِنَ الْحُزْن

Alquran tidak menyatakan bahawa mata Nabi Ya’kub buta akan tetapi menjadi putih.menjadi kurang jelas penglihatan bukannya buta.
فَهُوَ كَظِيم

الكظم:مخرج النفس
الكظوم:انحباس النفس.يعبر به عن السكوت

Menunjukkan Nabi Ya’kub sedih dalaman dan tidak mengeluarkan.

قَالُوا تَاللَّهِ تَفْتَأُ تَذْكُرُ يُوسُفَ حَتَّىٰ تَكُونَ حَرَضًا أَوْ تَكُونَ مِنَ الْهَالِكِينَ (85)

( 85 ) Mereka berkata: “Demi Allah, ayah tak habis-habis ingat kepada Yusuf, sehingga ayah menjadi sakit merana, atau menjadi dari orang-orang yang binasa”.
Anak-anak Nabi Yakub berasa hairan dan kesian padanya kerana masih berduka kehilangan Nabi Yusuf yang pada sangkaan mereka telah meninggal.
Nabi Ya’kub ketahui Nabi Yusuf masih hidup sejak dari awal kerana Nabi Yusuf bagitahu mimpinya 11 bintang yang sujud padanya
-lafaz حرضا menunjukkan sakit yang sangat teruk.lafaz tersebut tidak menunjukkan kematian akan tetapi sakit yang meninggalkan kesan pada badan.

قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ (86)

( 86 ) (Nabi Yaakub) menjawab: “Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dandukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.

قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ

Sesungguhnya Nabi Ya’kub tidak mengadu melainkan kepada Allah berdasarkan kepada بَثِّي
Perkataan شكى yang dalam fiil mudorik di dalam hanya ada dua iaitu :
أَشْكُو didalam surah yusuf dan mengenai nabi ya’kub
تشتكي dalam surah al imran mengenai khaulah binti sa’labah

وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُون

Yang menuju kepada dua perkara:
1)menunjukkan anak anak Nabi Ya’kub yang tidak mengetahui bahawa Nabi Ya’kub mengetahui bahawa Nabi Yusuf masih hidup.melalui wahyu
2)orang yang tidak melalui tidak mengetahui sakitnya yang dirasai bagi yang melalui.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s