SAMBUNGAN TUDUHAN KEATAS SAUDARA NABI YUSUF

SAMBUNGAN QOSOS QURANI
SAMBUNGAN TUDUHAN KEATAS SAUDARA NABI YUSUF

{فَلَمَّا اسْتَيْأَسُوا مِنْهُ خَلَصُوا نَجِيًّا ۖ قَالَ كَبِيرُهُمْ أَلَمْ تَعْلَمُوا أَنَّ أَبَاكُمْ قَدْ أَخَذَ عَلَيْكُم مَّوْثِقًا مِّنَ اللَّهِ وَمِن قَبْلُ مَا فَرَّطتُمْ فِي يُوسُفَ ۖ فَلَنْ أَبْرَحَ الْأَرْضَ حَتَّىٰ يَأْذَنَ لِي أَبِي أَوْ يَحْكُمَ اللَّهُ لِي ۖ وَهُوَ خَيْرُ الْحَاكِمِينَ (80) ارْجِعُوا إِلَىٰ أَبِيكُمْ فَقُولُوا يَا أَبَانَا إِنَّ ابْنَكَ سَرَقَ وَمَا شَهِدْنَا إِلَّا بِمَا عَلِمْنَا وَمَا كُنَّا لِلْغَيْبِ حَافِظِينَ (81) وَاسْأَلِ الْقَرْيَةَ الَّتِي كُنَّا فِيهَا وَالْعِيرَ الَّتِي أَقْبَلْنَا فِيهَا ۖ وَإِنَّا لَصَادِقُونَ (82) قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ أَنفُسُكُمْ أَمْرًا ۖ فَصَبْرٌ جَمِيلٌ ۖ عَسَى اللَّهُ أَن يَأْتِيَنِي بِهِمْ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (83)

( 80 ) Maka apabila mereka berputus asa daripada mendapat pertolongannya, merekapun mengasingkan diri lalu bermesyuarat tentang hal itu. Berkatalah ketua mereka (saudaranya yang sulung): “Tidakkah kamu ketahui bahawa bapa kita telah mengambil janji dari kamu yang dikuatkan dengan nama Allah, dan dahulu pun kamu telah mencuaikan janji dan sumpah kamu dalam perkara menjaga keselamatan Yusuf? Oleh itu, aku tidak sekali-kali akan meninggalkan negeri (Mesir) ini sehingga bapaku izinkan aku (kembali atau sehingga Allah menghukum bagiku (untuk meninggalkan negeri ini), dan Dia lah Hakim yang seadil-adilnya.( 81 ) Kembalilah kamu kepada bapa kamu, dan katakanlah, wahai ayah kami! Sesungguhnya anakmu telah mencuri, dan kami tidak menjadi saksi (terhadapnya) melainkan dengan apa yang kami ketahui dan kami tidaklah dapat menjaga perkara yang ghaib.( 82 ) Dan bertanyalah kepada penduduk negeri (Mesir) tempat kami tinggal (berdagang) dan kepada orang-orang kafilah yang kami balik bersamanya. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar”.( 83 ) (Setelah mereka kembali dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah ia: “(Tidaklah benar apa yang kamu katakan itu) bahkan nafsu kamu telah memperelokkan pada pandangan kamu suatu perkara (yang kamu rancangkan). Jika demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

MESYUARAT SAUDARA NABI YUSUF SESAMA MEREKA

فَلَمَّا اسْتَيْأَسُوا مِنْهُ

Ketika mereka berputus asa dari mendapat pertolongan darinya untuk bebaskan adik mereka

اسْتَيْأَسُوا:اساسه يئسوا

Pernambahan hamzah(أ),sin(س) dan juga ta(ت) sebagai taukid yang menunjukkan mereka benar benar putus asa.

خَلَصُوا نَجِيًّا

Mereka bermesyuarat khas tanpa melibatkan orang lain

PANDANGAN SAUDARA SULUNG MEREKA DAN KEKALNYA DI MESIR

قَالَ كَبِيرُهُمْ أَلَمْ تَعْلَمُوا أَنَّ أَبَاكُمْ قَدْ أَخَذَ عَلَيْكُم مَّوْثِقًا مِّنَ اللَّهِ وَمِن قَبْلُ مَا فَرَّطتُمْ فِي يُوسُفَ

Di sini Alquran tidak menyatakan nama saudara sulung adik beradik nabi Yusuf a.s.Maka lebih afdol kita kekal dengan konteks Alquran.

Diingatkan mereka mengenai janji mereka dengan ayah mereka iaitu nabi Yaakub a.s untuk membawa adiknya yang kecil.Bagaimana mereka ingin pulang tanpanya?
Dan diingati juga mengenai janji mereka terhadap nabi Yaakub untuk menjaga nabi Yusuf.

فَلَنْ أَبْرَحَ الْأَرْضَ حَتَّىٰ يَأْذَنَ لِي أَبِي أَوْ يَحْكُمَ اللَّهُ لِي ۖ وَهُوَ خَيْرُ الْحَاكِمِينَ(80)

Maka saudara sulung mereka telah menetapkan diri untuk kekal negeri tersebut sehingga diizinkan pulang oleh bapa mereka atau sehingga Allah menghukum untuknya meninggalkan negeri tersebut.

KESEDIHAN NABI YAAKUB

Terbahagi anak nabi Yaakub kepada 3:
1)Nabi Yusuf yang telah hilang beberapa tahun
2)9 orang yang pulang kepadanya
3)Anak sulung yang kekal di Mesir kerana segan bersemuka dengan Nabi Yaakub

ارْجِعُوا إِلَىٰ أَبِيكُمْ فَقُولُوا يَا أَبَانَا إِنَّ ابْنَكَ سَرَقَ وَمَا شَهِدْنَا إِلَّا بِمَا عَلِمْنَا وَمَا كُنَّا لِلْغَيْبِ حَافِظِينَ (81) وَاسْأَلِ الْقَرْيَةَ الَّتِي كُنَّا فِيهَا وَالْعِيرَ الَّتِي أَقْبَلْنَا فِيهَا ۖ وَإِنَّا لَصَادِقُونَ (82)

Maka saudara sulung memerintahkan mereka untuk pulang.
Maka mereka khabarkan pada nabi yaakub bahawa adik kecil mereka telah mencuri dan mereka tidak menyaksikannya kerana merek tidak mengetahui perkara ghaib.
Tanyalah kepada pedagang lain yang bersama kami.Dan sesungguhnya kami dari kalangan orang orang yang benar.

قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ أَنفُسُكُمْ أَمْرًا ۖ فَصَبْرٌ جَمِيلٌ ۖ

Nabi Yaakub a.s tidak mempercayai kata kata mereka seperti mana mereka lakukan terhadap nabi Yusuf a.s.
Maka nabi Yusuf meletakkan dirinya di dalam kesabaran.

Berkata Syeikh Solah Alkholidi:Allah tidak mengkhabarkan kepada nabi yaakub bahawa nabi yusuf adalah pemimpin mesir.sesungguhnya allah maha bijak sana.aku pernah bertanya kepada orang yang mengaku wali Allah dan mengaku ketahui perkara ghaib”apakah engkau nabi”.Dia menjawab tidak.Maka aku khabarkan padanya”sesungguhnya nabi Allah tidak ketahui perkara ghaib melainkan dengan khabarnya dan adakah engkau nabi?”

Sabar di dalam Alquran terbahagi kepada dua.
1)sabar yang indah.sabar yang dimiliki oleh para rasul dan anbiya,mujahidin,solihin dan lain.
2)sabar yang tidak indah.sabar yang dimiliki oleh orang yang berputus asa dan lain-lain.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s