SYEIKH SYUAIB AL ARNAUT

SYEIKH SYUAIB AL ARNAUT

Merupakan antara guru kepada Ibnu Jamaludin.Sebelum tiba di bumi Jordan Ustaz Nor Azamuddin mengirimkan sepucuk surat dan juga wang untuk diberi kepada Syeikh Syuaib.

Kali pertama bertemu sangat kagum dengan beliau.Walaupun sudah berumur tetapi masih memiliki semangat mengajar.Ketika menunjukkan gambar ustaz azam kepada syeikh.Syeikh menyangka bahawa ibnu jamaludin isteri kepada ustaz azam kerana gambar tersebut Ibnu Jamaludin memakai serban.

Walaupun kitab yang kami tadah dari syeikh merupakan kitab untuk marhalah tinggi,tapi Ibnu Jamaludin ingin manfaatkan syeikh dan mengeratkan hubungan dengannya.Syeikh Syuaib wataknya seorang yang garang dan suka bergurau.

Beliau merupakan ulama hadis,dan telah mentahqiq banyak kitab termasuklah kitab yang diaajarkannya kepada kami iaitu Tadribul Rowi.Malah beliau turut mentahqiq kitab kitab besar seperti syarah fathul bari sebanyak 22/23 jilid dan yang mengagumkan musnad ahamd sebanyak 51 jilid.Antara yang lain sunan arba’,tafsir ibnu kasir dan lain-lain.

Antara yang mengagumkan beliau masih kuat ingatanya,mampu  mencari rujukan malah mengigat jilid kitab.Beliau juga turut membaca walaupun sudah berumur.Ketika kami hadir ke rumahnya untuk meneruskan kelas.Beliau memegang sebuah buku nipis mengenai isu am.

Moga ALLAH memanjangkan umur syeikh dan mengurniakan kami semangat menuntut ilmu bersamanya.

YA ALLAH KAU KURNIAKANLAH KAMI PERASAAN MENCINTAI ILMU DAN SEMANGAT MENCARI ILMU,YA ALLAH PANJANGKANLAH UMUR GURU GURU KAMI DAN RAHMATILAH MEREKA.

YA ALLAH ENGKAU JADIKAN LAH KAMI DARI PELAJAR YANG BERAKHLAK DAN JADIKANLAH KAMI MEMILIKI HUBUNGAN YANG ERAT ANTARA GURU-GURU KAMI.

IMG_169312906016061

GAMBAR USTAZ NOR AZAMUDDIN BERSAMA SYEIKH SYUAIB

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s