KERINDUAN KEATAS KELUARGA

السلام عليكم

Begitulah kehidupan manusia.sudah menjadi fitrah keatas manusia wujudnya perasaan cinta,benci,suka,marah,rindu dan pelbagai lagi.Dan Allah menjadikan perasaan sayang bila mana kita rapat dengan insan tertentu.Maka tidak hairan lah jika rindu itu hadir tatkala kita berjauhan dengan mereka walaupun era ini tidak lagi susah berhubung seperti mana zaman dahulu.zaman ini wujudnya wassap,skype,fb dan pelbagai lagi.Namun hati lain tatkala melihat orang dihadapan mata dan melihat menggunakan teknologi.

Ibnu Jamaludin minggu ini berasa sangat rindu keatas keluarga.Di dalam seminggu ini saja aku bermimpikan melawat keluargaku yang berada di Malaysia selama 5 hari.Jika dulu ketika di asrama SMKA TAHAP.aku hanya akan menelefon keluarga tika mana minggu pulang dan perkara penting.Ketika pulang itulah Ibnu Jamaludin akan manfaatkan masa dengan keluarganya.akan menemani ibunya ke pasar.akan makan makanan yang dimasak ibunya.

Namun hari ni Ibnu Jamaludin situasi berlainan.Kalau dulu jarak rumah ke sekolah tercinta  hanyalah 2jam setengah.namun jarak Jordan ke Malaysia  memerlukan tiket kapal terbang.kalau dulu rayanya aku berketawa bersama keluarga.namun hari ni keluarga aku hanyalah rakan rakan jordan.kalau dulu aku makan laksam yang dimasak emak ku.hari ni aku makan makanan arab.begitulah hidup aku sekarang.

Wallahi rindu ini akan dipendam.kerana inilah perjuangan menuntut ilmu.Begitulah Imam Syafie.dia diarah menuntut ilmu oleh ibunya.dan ia mengigatkan aku kata emakku.”Mak biarkan uddin pergi ni sebab uddin nak belajar agama”.Sungguh kata emak beri semangat.

Dalam hati kadang risau memikirkan keluarga di sana.dengan umur ibubapa yang sudah lanjut.Namun aku yakin Allah lah sebaik baik pengatur.maka aku serahkan kepada Allah.Ibnu Jamaludin teringat dimana die bermimpi solat kan jenazah ayahnya.Bagaimana keadaan kamu wahai pembaca kisah ini jika mana kamu sendiri melihat jenazah ayah mu.dan kau yang mengangkat takbir sambil melihat jenazah ayahmu.dan ketika baca Al-Fatihah Ibnu Jamaludin sangat khusyuk.air mata mengalir bagaikan tiada hentinya.ketika ayat اهدنا .Aku terjaga dan bibirku melafazkan الصرط المستقيم .maka aku berasa hairan dimana aku.aku melihat dirumah.dan badanku berpeluh satu badan dan muka ku penuh air mata.itu hanyalah mimpi.Namun aku berharap umur ahli keluarga ku panjang.dan aku sendiri yang akan menyolatkan jenazah mereka sekiranya aku yang layak.

SMKA TAHAP lah yang mendorong aku untuk berdakwah keatas keluargaku hingga kehari ini.tiadalah indah jika aku menuntut ilmu namun orang sekeliling tidak mengetahui ilmu itu.Namun ALLAH lah yang memberi hidayah…

“YA ALLAH KAU AMPUNILAH DOSAKU,DOSA KEDUA IBU BAPAKU,ADIK BERADIKKU,GURU-GURUKU,RAKAN-RAKANKU,JIRAN-JIRANKU DAN SELURUH UMAT ISLAM…YA ALLAH KURNIAKAN LAH KAMI HIDAYAH DAN KEKALKANLAH IA,MASUKKANLAH KAMI KEDALAM SYURGA DENGAN RAHMAT MU,JAUHKANAH KAMI DARI AZABMU,YA ALLAH PANJANGKAN LAH UMUR KAMI SEKIRANYA IA BAIK UNTUK KAMI,YA ALLAH JADIKANLAH KAMI OORANG YANG CINTA,TAKUT,BERHARAP,BERTAWAKAL KEPADA KAU,JADIKANLAH KAMI ORANG YANG CINTA DAN RINDU KEPADA NABI MUHAMMAD SAW”

10933696_838701316187025_2000798734504080957_n

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s