sebelum ke jordon

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dengan nama Allah yang maha penyanyang lagi maha pengasih….insyaallah saya mohd syarifuddin bin jamaludin ingin bermula menulis…mungkin sebagai pengongsian,cerita,luahan atau lain-lain…seandainya ada salah dan silap saya berharap agar Allah mengirimkan asbab kepada saya untuk menyedari….

Pejam celik saya sudah hampir umur kepada 18 tahun…insyaallah akan cukup bila tiba 11/9/2015….Namun tarikh itu tidak lagi bermain di kepala saya kerana pada 25/8/15 insyaalah saya akan ke bumi Jordon…moga dipermudahkan segalanya disana…Tika inilah perasaan diri sendiri tidak terkata adakala tidak sabar,gembira sedih….Ya memang sedih bila terkenang akan orang yang akan ditinggalkan di Malaysia ini….Sedih bila membayangkan emak,abah,adik beradik,guru-guru,sahabat,tunang lafaz,kawan dan lain-lain…Namun pemergian saya tidak lain dan tidak bukan semata-mata kerana Allah Taala dan Nabi Muhammad Bin Abdullah…

Insyaallah jika ada umur panjang kita berjumpa lagi…Bila berkata kepada emak”emak tak kesah ke uddin nak pergi jordon nie???”…Emak akan menjawab”ni disebabkan uddin nak belajar agama mak bagi”…pasti emak bersedih dengan perginya uddin…tapi mak jangan risau insyaallah uddin akan belajar lillahitaala…itu lah yang penting…

Bukannya niat menuntut ilmu itu untuk memiliki ijazah,bukannya untuk mendapat sanjungan orang ramai,bukannya untuk mendapatkan pekerjaan,bukannya untuk menjadi orang kaya tetapi menuntut ilmu itu tidak lain hanyalah kerana Allah semata mata…Itulah yang dinamakan ikhlas niat…Bukankah yang memberi ilmu itu Allah..bukankah segala apa yang ada itu milik Allah???Jadi ilmu yang dimilki manusia itu juga adalah milik Allah pada hakikatnya…Jadilah sangat wajar perlu kita niat untuk menuntut ilmu kerana Allah..

Bukan sahaja bidang agama kerana Allah bahkan hari ini agama islam perlu bangkit dalam seluruh bidang…Demi melihat islam megah dimuka bumi,muslim harus menguasai bumi…Bagaimana ingin memegang bumi jika hanya mahir dalam bidang agama??Jika dilihat tokoh islam dahulu mereka mahir dalam pelbagai bidang…Seperti Ibnu Sina yang sangat mahir dalam ilmu perubatan…

Moga Allah menjadikan kita semua orang yang ikhlas dalam melakukan segala perbuatan…Insyaallah….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s