Keluarga

 

بسم الله الرحمان الرحيم 

Didikan pertama yang diperolehi oleh ibnu jamaludin adalah dari keluarga sendiri. Terkenang ketika kecil diajar ilmu basic agama Islam oleh abah dan abang. Antaranya mengucap syahadah, menunaikan solat. mandi wajib dan akhlak. Tidak lupa emak dan kakak mengajar quran dan akhlak. ibnu jamaludin turut mempelajari ilmu lain seperti matematik, membaca, sains, Bahasa dan lain-lain.

 

Antara kenangan yang diingat, ketika kecil tiap petang kami akan mengaji dengan mak. Merupakan antara nikmat yang besar dapat mengenali Quran. Emak merupakan ahli quran sehinggalah hari ini. Kesungguhannya mempelajari ilmu Quran walaupun di usia yang lanjut menyebabkan ibnu Jamaludin  semangat mempelajari ilmu bahagian Quran seperti bacaan tahsin, bacaan qiroaat,tafsir, ikrob Quran dan lain lain bersama guru dibumi Syam. Abah antara yang mendorong ibnu Jamaludin dalam mengahafal Quran. Beliau sering bertanya berapa banyak telah hafal Quran dari kecil sehinggalah hari ini dibumi syam.

Adik beradik mendorong dalam  pendidikan. Kenangan mengahafal sifir, mempelajari solat bersama, akhlak, cara taamul dengan orang dan lain- lain.

 

Advertisements

Nahu Wadih Marhalah Ibtidaiyah

26152352_193636034552628_6494637115928739840_n

 

Antara kitab awal yang sesuai untuk permulaan belajar nahu.

Marhalah Ibtidaiyah

Buku yang menyediakan kaedah dan juga jadual serta latihan dari pelbagai bentuk latihan seperti isi tempat kosong, letakkan baris, ikrob ayat dan lain lain.

Antara cetakan yang terbaik adalah :

1)Muassah Risalah

2)seperti gambar diatas

Mempunyai nota kaki dan terdapat warna tulisan yang berbeza. Dan kertas syamwah

Gambar kanan marhalah sanawiyah sebab buku ibtidaiyah masih pada Syeikh untuk semakan latihan.

#ibnujamaludin_nahu#

ibnujamaludin_nahuwadih

Pengalaman Pertama Menunaikan Umrah

Walaupun Umrah yang dikerjakan ini berlaku pada setahun yang lepas(2016) namun penulisan ini untuk menjadi ingatan buatku.

Sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar Malaysia di Jordan menunaikan Umrah ketika berada di Jordan.Kebiasaanya perjalanan melalui bas dan terdapat juga yang melalui kapal terbang.

Pada awalnya Ibnu Jamaludin dan rakannya ingin pergi melalui Univeriti Jordan kerana melalui Markaz Saqofah ianya percuma.Namun bukan rezeki buat kami ketika itu.Akhirnya aku terbaca di facebook iklan untuk pergi umrah untuk orang Malaysia.Perancangan umrah tersebut dibina oleh ustaz dan ustazah yang mengambil phd.Maka kami mengisi tempat kosong bas tersebut.

Antara Ustaz  dan Ustazah Phd atau master yang terlibat ialah Ustaz Ghazali(merupakan ketua),isterinya dan anak-anaknya(Ammar,Ayis,dan Imran),Ustaz Faisal(merupakan mutowif kami),isterinya dan anak-anaknya(Rahman,Bari dan Ainun),Pakcik Husni dan anaknya,Ustaz Yusran dan isterinya,calon phd di Universiti Irbid dan isterinya,Kak Long dan lain-lain.

Manakala kami yang merupakan orang muda dalam bas ini ialah,Badrul,Khairi,Irfan,Rizki ,Zulqarnain,Ibrahim,pelajar Singapore dan Ibnu Jamaludin.

12644883_10205578490048528_1239824770391162409_n

Ibnu Jamaludin duduk dihadapan bersama Bari ketika perjalanan ke Madinah AlMunawaroh.Perjalanan ini mengajar erti bagaimana tabahnya seorang bapa melayan anak.Walaupun tempoh yang sebentar bersama mereka.Ketika awal aku melayan kanak kanak kecil bila mana mereka bertanyakan soalan.Dan sememangnya aku suka melayan anak kecil dengan cerita,teka teki dan silap mata.Ketika diperhentian aku dan rakan akan membawa mereka ke tandas.Alhamdulillah ketika di Malaysia aku biasa menjaga anak buahku.Ada kala terdengar tangisan bayi kecil,dan bila aku menoleh ayah dan ibunya akan sibuk menenangkan anaknya.

 

Perjalanan ini bukanlah sekejap tetapi memakan masa yang panjang.

img_20160122_161725

Nasihat Ibnu Jamaludin bagi mereka yang ingin membaca buku bagi mendapatkan Ibroh ketika dalam umrah bacalah sebelum perjalanan.Walaupun perjalanan ke Madinah 610 KM dan Madinah 1041 KM namun kitab Rohiqul Makhtum karangan Syeikh Sofa Abd Rahman Almubarak Furi Alhindi yang hanya 500 muka surat tidak sempat untuk dihabiskan.

Kami tersangkut di sempadan buat masa yang lama kerana menanti giliran pemeriksaan.

(bersambung)

Tazkirah Syeikh Ali Halabi Hafizohullah di kubur Syeikh Syuaib Al Arnaut Rahimahullah.

 

تذكرة من شيخ علي الحلبي حفطه الله بعد دفن شيخنا المحبوب شعيب الأرناؤوط رحمه الله
Tazkirah Syeikh Ali Halabi Hafizohullah di kubur Syeikh Syuaib Al Arnaut Rahimahullah.

-ملخص من الفيديو
-ما حفظت الرواية الحديث كما قرأ شيخ علي الحلبي.
-ولكن في رواية الأخرى
عن عبد الله بن عمرو بن العاص قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من العباد ولكن يقبض العلم بقبض العلماء،حتى اذا لم يبق عالم اتخذ الناس رؤوسا جهالا،فسئلوا فأفتوا بغير علم،فضلوا وأضلوا
حديث صحيح
-إن الموت العلماء ليس مصيبة الدنيوية فقط ولكن الموت العلماء مصيبة الدينية قبل أن يكون مصيبة الدنيوية
-موت العالِم موت العالَم
-ذكر بعض المفسر لقول الله تبارك و تعالى( نَأْتِي الْأَرْضَ نَنقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا ) قال: العلماء
-فكيف إذا كان عالمه اصحاب الحديث وأهله ودعاته ومحيي السنة رسول الله صلى الله عليه وسلم
-وقد أخرج على يديه (شيخ شعيب الأرناؤوط) نحو من ثلاث مئة (أكثر) مجلد كلها قال الله قال رسول الله.كان مثالا لالعالم.


-Ringkasan dari video
-Saya tidak hafal riwayat hadis yang dibaca Syeikh Ali Halabi.
-Akan tetapi terdapat riwayat lain
Daripada Abdullah bin Amru bin Al As berkata:aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ilmu dengan mencabut begitu sahaja, akan tetapi menghilangkan dengan mematikan ulama, sehingga tiada orang berilmu, maka manusia mengambil ketua mereka ketua yang jahil,maka apabila disoal mereka berfatwa dengan tanpa ilmu,maka sesatlah dan menyesatkan.
Hadis Sohih
-sesungguhnya kematian ulama bukan hanya musibah dunia akan tetapi kematian ulama musibah agama sebelum menjadi musibah dunia
-kematian ulama adalah kematian dunia
-disebut sebahagian pentafsir untuk firman Allah( kami datangkan di bumi dengan menjadikan dia kurang sedikit demi sedikit dari kebaikannya dan kemuliaannya) kata pentafsir:iaitu ulama
-bagaimana jika ia yang alimnya,memiliki hadis dan ahlinya dan pengajaknya dan penghidup sunnah rasulullah saw
-telah ditakhri diatas tangannya(Syeikh Syuaib Al Arnaut) lebih kurang 300 jilid(lebih) semuanya firman Allah sabda Rasulullah

 

Pemergian Syeikh Syuaib Al Arnaut

بسم الله 

إنا لله وإنا إليه راجعون

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Jika dulu kepulangan Ibnu Jamaludin ke Malaysia untuk sebulan menitiskan air mata. Hari ini(malam jumaat 27.10.16) air mata yang jatuh kerana pemergian Syeikh Syuaib buat selamanya. Ketika meminta izin dari beliau untuk pulang sebulan,beliau izinkan dan tanya  kenapa kau perlu menangis sedangkan kau akan datang lagi selepas sebulan.Sungguh benar pulang aku di Malaysia amat terasa rindu bahkan terbawa beberapa kali ke mimpi. Kembalinya aku ke Jordan aku gembira melihat syeikh.Bagi aku Syeikh Syuaib murobbi aku di Jordan. Taujihatnya,cara pendekatan dia dengan pelajar,gurauannya,pelajarannya dan kesungguhannya dalam menagajar.Pernah beberapa kali kami datang syeikh sedang tidur di ruang tamu dan bila tersedar melihat kami dia terus mulakan kelas dan matanya menjadi segar.

Pemergiannya sungguh mengejutkan. Bahkan aku sendiri tidak perasan sehinggakan hamba Allah bertanya untuk aku akidkan khabar berita pemergiannya dari ahli keluarganya.Aku berharap ia sekadar khabar angin namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.

Teringat kenangan bersama syeikh, dari mula aku jejak ke Jordan dengan membawa duit dan surat yang diamanahkan oleh Ustaz Norazamuddin. Aku mula selalu semak hadis yang aku hafal dan yang aku baca. Aku bertanya manhaj dalam menuntut ilmu. Aku meminta nasihat darinya sebagai penuntut ilmu. Aku bertanya mengenai kehidupannya. Sehinggakan aku semakin rapat dengannya. Kadang kala dipelawa makanan bahkan kami pernah duduk di rumah syeikh selama 7 jam lebih kerana pelajaran,nasihat dan mengenai Malaysia dan Jordan dari segi buah buahan,binatang,keadaaan negara dan lain lain.

Aku dipelawa masuk ke maktabah dia selapas dia perasan aku melihat buku di ruang tamu.Katanya di maktabah itu terdapat banyak lagi buku pergi lihat.Bilik tersebut penuh dengan kitab dan terdapat meja tempatnya mentahqiq kitab.Katanya banyak lagi buku yang aku tinggal di Damsyiq.Katanya seandainya engkau miliki duit lebih beli lah buku aku dan sebarkan di Malaysia.

Pernah sekali syeikh berpesan kepada kami bahawa umur kami ini wajib hafaz quran penuh.Pernah juga dia meminta kami menghafal Riyadussolihin. Aku berkata pada syeikh hadis itu banyak.Lantas jawabnya كل من يجتهيد يسير. Setiap yang berusaha akan mudah.

Pada bulan puasa aku dijemput solat di rumah syeikh bersama pelajarnya yang lain juga. Kata syeikh memang benar solat di masjid itu lebih afdal namun aku tidak larat untuk keluar. Selepas solat syeikh akan memberi nasihat atau berbual, bahkan kami bermain teka teki dan syeikh akan hidangkan kami buah buahan dan manisan. Dan akan bertanya adakah buah ini ada di negara kamu.Syeikh juga terkejut melihat tembikai kuning di Malaysia. Syeikh juga pernah menjadikan aku demo cara sujud yang betul.

Pada hari raya kami dijemput untuk menziarahi syeikh. Aku memberi syeikh kuih buatan Malaysia yang dibuat oleh senior akhwat dan syeikh memuji katanya sedap.Ketika masa itu kelas syeikh boleh dikatakan hampir setiap hari sehinggakan kesihatan syeikh mula ternganggu.Kelas syeikh mula dikurangkan.

Pernah sekali syeikh bergurau denganku,beliau mengetuk kepalaku dengan penggaru belakang badan kerana aku tidak mampu jawab soalan dan memberi taujihat.Ketukan itu perlahan. Bahkan ia menjadikan aku semakin semangat belajar kerana katanya kalau kamu malas belajar maka perlu diketuk dengan ini.Aku merasa pelajarannya sangat penuh kasih sayang seolah olah datuk dan cucu.

Antara taujihatnya: hafallah Quran dan Hadis,manfaatkan umur kamu ini kerana aku mula mendalami ilmu agama secara benar bermula 19 tahun sehingga sekarang(88 tahun),siapa yang berusaha akan mudah,kuasai bahasa arab,jangan tinggalkan siasah sebab ia sebahagian dari Islam,jangan ikuti syiah,ikhlaskan niat terhadap Allah,cintalah ilmu kerana ia perkara asas untuk menuntut ilmu dan lain lain.

14881684_1279863482047625_1790801589_o

Menolong Agama ALLAH

السلام عليكم

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله المبعوث رحمة للعالمين

[:قال الله تعالى{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ} [محمد : 7

 Allah berfirman : “Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad :7)

             Jika kita lihat didalam sirah rasulullah,seperti contoh perang Badar.Tentera Islam yang seramai 313/314/317 bertempur dengan seramai 1000 tentera musyrikin.Bilangan tentera yang bernisbahkan 1:3.Jika diikut logik akal manusia amat tipis peluang umat Islam untuk menang.Tetapi tiada yang mustahil bagi Allah.Di dalam kitab Rohiqul Makhtum karangan syeikh Sofi Rahman  menyatakan beberapa bantuan Allah di dalam perang Badar.Antaranya Allah menurunkan hujan lebat kepada kaum musyrikin dan menurunkan malaikat-malaikat di medan perang membantu umat Islam.Dan Allah meneguhkan kedudukan umat Islam dengan kejayaan mereka.Musyrikin Mekah mula berasa gerun kepada umat Islam.

وَلَقَدْ صَدَقَكُمُ اللَّهُ وَعْدَهُ إِذْ تَحُسُّونَهُم بِإِذْنِهِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا فَشِلْتُمْ وَتَنَازَعْتُمْ فِي الْأَمْرِ وَعَصَيْتُم مِّن بَعْدِ مَا أَرَاكُم مَّا تُحِبُّونَ ۚ مِنكُم مَّن يُرِيدُ الدُّنْيَا وَمِنكُم مَّن يُرِيدُ الْآخِرَةَ ۚ ثُمَّ صَرَفَكُمْ عَنْهُمْ لِيَبْتَلِيَكُمْ ۖ وَلَقَدْ عَفَا عَنكُمْ ۗ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ    آل عمران :152

            Allah berfirman : “Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janji-Nya kepada kamu, ketika kamu membunuh mereka dengan izin-Nya sampai pada saat kamu lemah dan berselisih dalam urusan itu dan mendurhakai perintah (Rasul) sesudah Allah memperlihatkan kepadamu apa yang kamu sukai. Di antaramu ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada orang yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka untuk menguji kamu; dan sesungguhnya Allah telah mema’afkan kamu. Dan Allah mempunyai karunia (yang dilimpahkan) atas orang-orang yang beriman.“(Al-Imran: 152)

           Berbeza pula dengan perang Uhud.Umat Islam telah menolong Agama Allah tetapi Allah tidak memberi pertolongan.Adakah Allah tidak menepati janji?Sudah pasti Allah tidak memungkiri janjinya.

           Berkata Ibnu Abbas mengenai awal ayat وَلَقَدْ صَدَقَكُمُ اللَّهُ وَعْدَهُ إِذْ تَحُسُّونَهُم بِإِذْنِهِ (Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janji-Nya kepada kamu, ketika kamu membunuh mereka dengan izin-Nya) : Allah telah menjanjikan pertolongan kepada tentera Islam.

         Nabi Muhammad SAW telah meletakkan 50 orang pemanah di bukit Uhud di bawah kuasa Abdullah bin Jubair serta melarang turun dari bukit itu walau apapun terjadi.Pada peringkat awal peperangan, umat Islam menguasia medan peperangan sehingga menyangka peperangan tersebut sudah berakhir.

حَتَّىٰ إِذَا فَشِلْتُمْ وَتَنَازَعْتُمْ فِي الْأَمْرِ وَعَصَيْتُم مِّن بَعْدِ مَا أَرَاكُم مَّا تُحِبُّونَ 

sampai pada saat kamu lemah dan berselisih dalam urusan itu dan mendurhakai perintah (Rasul) sesudah Allah memperlihatkan kepadamu apa yang kamu sukai. 

          Sehingga berlakunya kelamahan dan perselisihan kepada tentera Islam.Sebahagian mereka menyatakan peperangan tamat dan ingin turun dari bukit Uhud.Abdullah bin Jubair telah menghalang dari melanggar perintah Allah dan Rasulnya untuk kekal di atas bukit Uhud.Sebahangian mereka turun dan meninggalkan bilangan yang sedikit di atas bukit Uhud.

مِنكُم مَّن يُرِيدُ الدُّنْيَا وَمِنكُم مَّن يُرِيدُ الْآخِرَةَ

Di antaramu ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada orang yang menghendaki akhirat.

              Sebahagian mereka turun untuk membantu mengumpulkan harta rampasan perang.Manakala sebahagian mereka taat perintah Allah dan Rasulullah untuk kekal di atas bukit Uhud.

ثُمَّ صَرَفَكُمْ عَنْهُمْ لِيَبْتَلِيَكُمْ ۖ وَلَقَدْ عَفَا عَنكُمْ ۗ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka untuk menguji kamu; dan sesungguhnya Allah telah mema’afkan kamu. Dan Allah mempunyai karunia (yang dilimpahkan) atas orang-orang yang beriman.

        Maka keluarlah tentera Khalid Al Walid yang bersembunyi dan menyerang tentera Islam.Sehingakan Rasulullah turut tercedera.Pada akhir peperangan ini,tentera Islam berjaya mempertahankan diri dan berakhir dengan kepulangan musyrikin ke Mekah.

إِنَّ اللَّهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ 

Sesungguhnya Allah tidak memungkir janji 

        Adakala kita telah membantu agama Allah,tetapi kita tidak mendapat bantuan Allah.Bukanlah Allah memungkiri janji.Tetapi mungkin kita yang tidak perasan bantuan Allah atau diri kita sendiri yang mengakibatkan bantuan Allah tidak sampai kepada kita.Sebahagian manusia yang menyatakan kegagalannya kerana dia berkorban dirinya untuk membantu agama Allah adalah salah.Tetapi perhitungkan diri apakah yang menyebabkan bantuan Allah tidak sampai kepadanya.

والله أعلم 

Sedekah

Telah diceritakan dalam kelas syeikh Muaz mengenai hadis didalam kitab رياض الصالحين  yang turut terdapat di dalam صحيحين  .Iaitu hadis mengenai kisah seseorang yang telah tersedekah kepada pencuri,penzina dan orang kaya.

عن أبي هريرة أَنَّ النّبِىّ ،صلى الله عليه وسلم ، قَالَ : قَالَ رَجُلٌ : لأتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ ، فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِى يَدِ سَارِقٍ ، فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ ، تُصُدِّقَ عَلَى سَارِقٍ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ لأتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ ، فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدَيْ زَانِيَةٍ ، فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ ، تُصُدِّقَ اللَّيْلَةَ عَلَى زَانِيَةٍ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى زَانِيَةٍ ، لأتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ ، فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِى يَدَيْ غَنِىٍّ ، فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ عَلَى غَنِىٍّ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى سَارِقٍ ، وَعَلَى زَانِيَةٍ ، وَعَلَى غَنِىٍّ ، فَأُتِىَ ، فَقِيلَ لَهُ : أَمَّا صَدَقَتُكَ عَلَى سَارِقٍ فَلَعَلَّهُ أَنْ يَسْتَعِفَّ عَنْ سَرِقَتِهِ ، وَأَمَّا الزَّانِيَةُ فَلَعَلَّهَا أَنْ تَسْتَعِفَّ عَنْ زِنَاهَا ، وَأَمَّا الْغَنِىُّ فَلَعَلَّهُ يَعْتَبِرُ فَيُنْفِقُ مِمَّا أآتاهُ اللَّهُ

“Seorang lelaki berkata: Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata: Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata: Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata: Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya.

Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya: Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.”

 

Turut diceritakan juga mengenai Syeikh Badruddin Hasan.Beliau telah mengumpulkan anak muridnya dan memberi wang untuk disedekahkan kepada pelacur beliau turut memesan agar menyatakan ianya dari aku.Maka anak muridnya merasa hairan bagaimana mungkin untuk kami untuk pergi bertemu pelacur sedangkan kami penuntut ilmu agama.Setelah diberikan,dikhabarkan pelacur tersebut menangis dan berhenti dari berzina.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SYEIKH MUAZ SAID HAWA

بسم لله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

             Syeikh Muaz Said Hawa merupakan ulama di Jordon.Merupakan anak kepada antara ulama besar Jordan iaitu Syeikh Said Hawa.Syeikh Muaz merupakan adik kepada Syeikh Muhammad Said Hawa.

            Kelas Syeikh Muaz pada hari selasa dan sabtu.Pada hari selasa selepas maghrib mengunakan kitab مبادي الإسلام manakala selepas isya menggunakan kitab رياض الصالحين .Namun kehadiran Ibnu Jamaludin di bumi Jordan sempat pada akhir kitab ini.Syeikh Muaz menyatakan setelah tamat dua kitab ini beliau akan mengajar kitab الموطا karangan Imam Malik.Pada hari sabtu Ibnu Jamaludin tidak pasti kitab yang digunakan kerana Ibnu Jamaludin tidak itiqomah untuk muhadoroh hari sabtu.Moga Allah mengampunkan sikap Ibnu Jamaludin dan mengurniakan beliau semangat mencintai ilmu.

          Ketika hari pertama Ibnu Jamaludin sampai di bumi Jordan,sebelum zohor.Dia terus bertanya kepada senior rumahnya mengenai Syeikh yang dikenalkan kepada beliau oleh Ustaz Nor Azamuddin.Pada malam itu terus beliau menghadiri kelas Syeikh Muaz.Pada awalnya perasaan takut menyelubungi Ibnu Jamaludin ketika melihat Syeikh Muaz kerana menyangka bahawa beliau garang.Alangkah terkejutnya apabila mendengar kata kata Syeikh Muaz.Kata-katanya sangat lembut dan dari hati.

         Pernah sekali Syeikh Muaz menghabiskan kelas awal kerana ingin menghadiri jemputan.Alangkah terkejutnya melihat beliau memandu kereta sendiri.

IMG_169416229742270

Syeikh Muaz dikiri,Ustaz Azam ditengah,Cikgu Ghazali di kanan.

YA ALLAH KAU KURNIAKANLAH KAMI PERASAAN MENCINTAI ILMU DAN SEMANGAT MENCARI ILMU,YA ALLAH PANJANGKANLAH UMUR GURU GURU KAMI DAN RAHMATILAH MEREKA.

YA ALLAH ENGKAU JADIKAN LAH KAMI DARI PELAJAR YANG BERAKHLAK DAN JADIKANLAH KAMI MEMILIKI HUBUNGAN YANG ERAT ANTARA GURU-GURU KAMI.

SYEIKH SOLAH ALKHOLIDI

بسم لله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

          Syeikh Solah alkholidi merupakan salah seorang guru ibnu jamaludin.Beliau merupakan seorang ulama tafsir di Jordan.Kelas beliau berlangsung selama satu jam lebih.20 minit tafsir awal,disambung dengan 20 minit tafsir dan diakhiri dengan baki masa untuk ikrob alquran.Kelas berliau berhampiran dengan  Masjid Hud Hud pada hari sabtu.

         Beliau turut pernah menjadi pensyarah di University Wise.Ibnu Jamaludin pernah mendengar bahawa syeikh menghadiri ke university dengan menaiki coaster.

          Ibnu Jamaludin merasa kagum dengan Syeikh Solah.Beliau sering mengupdate status di Fb sebagai wasilah berdakwah dan berjihad.Ibnu Jamaludin akan mengambil tandatangan beliau(kitab tulisan Syeikh Solah) setelah selesai muhadhoroh,sebagai wasilah untuk rajin membeli penulisan Syeikh Solah dan membantu Ibnu Jamaludin dari terlepas talaqi dengan beliau.

IMG-20151217-WA0004

Gambar ketika pertama kali menghadiri kelas beliau.

YA ALLAH KAU KURNIAKANLAH KAMI PERASAAN MENCINTAI ILMU DAN SEMANGAT MENCARI ILMU,YA ALLAH PANJANGKANLAH UMUR GURU GURU KAMI DAN RAHMATILAH MEREKA.

YA ALLAH ENGKAU JADIKAN LAH KAMI DARI PELAJAR YANG BERAKHLAK DAN JADIKANLAH KAMI MEMILIKI HUBUNGAN YANG ERAT ANTARA GURU-GURU KAMI.

NASIHAT SYEIKH SYUAIB

بسم الله الرحمن الرحيم

Muhadoroh minggu ini berasa lain.Sangat gembira.Apabila kami tiba melihat syeikh kelihatan handsome dan sihat.Kami berbual bersama syeikh sebelum mula.Dan Ibnu Jamaludin mengambil peluang untuk bergambar bersama beliau kerana syeikh memakai baju yang cantik.Sebelum ini syeikh sering memakai baju biasa.

Antara menyentuh perasaan Ibnu Jamaludin apabila syeikh memanggil isteri nya untuk mengambilkan kopiahnya yang hanya berada dibelakang kepalanya.Ibnu Jamaludin membawa kopiah tetapi tidak memakai dan menyimpan di dalam kocek.Adakah kepala di dalam kocek?

 

IMG_20160228_163844.jpg

Dia berpesan bersungguh sungguhlah dalam menuntut ilmu dan mestilah kita mengajarkan pada orang lain

Disebut juga
من يريد الله به خيرا يفقهه في الدين
Siapa yang allah kehendaki kebaikan padanya difakihkan dalam agama
خيركم من تعلم القرآن وعلمه
Yang terbaik dari kalian siapa yang belajar quran dan mengajar

Moga allah memanjangkan umur syeikh
Ya allah ya tuhan kami panjangkanlah umur guru guru kami dan rahmatilah mereka,kurniakan lah kami semangat mencari ilmu serta berterusan dan jadikan kami dari kalangan pencinta ilmu